Monday, February 22, 2016

PROGRAM PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 21 Februari 2016
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Bestari SK Losong
Dirasmikan oleh : Cik Aminah Ali (Ketua Bahagian Rangkaian Perpustakaan ).
Tetamu : Puan Azmah binti Khalid (PPAT) dan Encik Isa Bin Salleh (PPD Kuala Terengganu).
Pengerusi Majlis : Encik Abdul Rashid bin Ishak






Satu majlis pelancaran NILAM peringkat sekolah telah diadakan pada hari AHAD telah dilancarkan oleh Puan Aminah Ali. Program NILAM adalah salah satu aktiviti tahunan SK Losong. NILAM adalah singkatan daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca . Program ini di pantau sepenuhnya oleh guru kelas dan guru mata pelajaran serta guru perpustakaan.



Antara tetamu-tetamu jemputan, dari kiri Puan Guru Besar, Puan Norhazlen binti Abdullah, Cik Aminah binti Ali, Puan Azmah binti Khalid, Encik Isa Salleh dan PK Pentadbiran Encik Mohd Fitri Bin Ngah.



Pengerusi Majlis, Encik Abdul Rashid bin Ishak


Majlis ini dimulakan dengan bacaan AL-Quran yang di pimpin oleh Ustaz Mohd Sukri Bin Abdullah.


Kemudian lagu NEGARAKU, SELAMAT SULTAN dan Lagu SEKOLAH SK LOSONG dinyayikan bersama-sama. Majlis diteruskan dengan bacaan buku oelh murid-murid selama 10 minit. Kemudian wakil dipanggil untuk memberi rumusan tentang apa yang mereka baca oleh wakil murid tahun 3 (perempuan) dan tahun 4 (lelaki).


Semua pelajar meluang masa di antara 5 - 10 minit untuk membaca buku


Wakil pelajar tahun 3, adik Nik Nurul Hannan (3A)



Wakil pelajar tahun 4, adik Mohd Shariff Hakimi (4T)

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Puan Guru Besar, Puan Norhazlen binti Abdullah.


Antara intipati daripada ucapan Puan Guru Besar ialah :

  • sekurang-kurangnya 1 buku akan dibaca oleh murid-murid bersempena dengan moto program NILAM pada kali ini iaitu 1 BUKU 1 MURID 1 HARI.
  • selepas membaca, murid akan membuat rumusan di dalam buku NILAM yang disediakan
  • program ini akan dipantau oleh guru kelas, guru matapelajaran dan juga guru perpustakaan
  • murid-murid yang berkomited akan diberi penghargaan oleh pihak sekolah dimana pihak sekolah akan menyediakan hadiah dan juga hadiah sampingan daripada pihak PIBG sekolah.
  • sekurang-kurangnya target buku yang akan habis dibaca pada tahun ini ialah 99 buah buku (bermula pada hari ini) namun bagi menggantikan pada hari yang telah lepas, murid akan menggandakan bacaan mereka pada hari-hari cuti.
  • antara gred NILAM ialah 
  • - 100 - GANGSA
  • - 200 - PERAK
  • - 360 - EMAS
  • - 400 - NILAM
  • pada bulan puasa ini, perpustakaan akan menjadi KANTIN ILMU ( dimana murid-murid akan menghabiskan masa rehat mereka dengan membaca buku di perpustakaan)
  • ilmu merupakan nadi kehidupan kita
  • tanpa ilmu , kita akan ditindas oleh orang lain.

Wakil daripada PPD, Encik Isa Salleh juga turut menyampaikan ucapannya.



Antara intipati ucapannya :
  • ialah semoga dengan program NILAM ini, ianya akan seiringan dengan PROGRAM TRANSFORMASI sekolah.



Ucapan pelancaran oleh Cik Aminah Binti Ali.




 Antara intipati ucapan :
  • penggunaan perpustakaan awam
  • perhubungan antara perpustakaan awam dengan murid-murid dan juga pihak sekolah
  • perpustakaan merupakan induk kepada Kempen Membaca Peringkat Negeri.
  • Mengadakan Bengkel Pengurusan Perpustakaan
  • Pertandingan Bercerita
  • Pesta BUKU 


Pelancaran oleh Cik Aminah binti Ali sambil diiringi oleh Puan Guru Besar, PK Pentadbiran, Encik Isa Salleh dan Puan Azmah binti Khalid.







Gimik Pelancaran ( yang dipimpin oleh Puan Roslezah binti Hussin)














Bacaan poem yang disampaikan oleh wakil murid kepada Cik Aminah binti Ali dalam gimik pelancaran program NILAM




Persembahan rekoder oleh murid Tahun 6 Takwa (yang dipimpin oleh Puan Hikmah binti Mohd Nor). Lagu yang dipersembahkan ialah TWINKLE-TWINKLE LITTLE STAR DAN ANAK KAMPUNG.





Penyampaian cenderahati kepada tetamu-tetamu yang hadir yang disampaikan sendiri oleh Puan Guru Besar, Puan NorHazlen binti Abdullah.


Cenderahati disampaikan oleh Puan Guru Besar kepada Cik Aminah binti Ali



Cenderahati disampaikan oleh Puan Guru Besar kepada Encik Isa Bin Salleh


Cenderahati disampaikan oleh Puan Guru Besar kepada Puan Azmah binti Khalid





Tidak dilupakan juga, Adik Nor Syafikah bt Nasir turut serta di dalam program ini.



Bacaan doa penutup yang dipimpin oleh ADIK WAN MUHAMMAD HAKIMI (TAHUN 6T).





No comments: