Sunday, February 28, 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 27 SK LOSONG

Tarikh : 28 Februari 2016
Masa :  8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Dewan Bestari SK Losong
Perasmi : Yang Berbahagia Tuan Haji Maslan Bin Muhammad (Pengerusi biro Pendidikan UMNO Bahagian Kuala Terengganu)
Tetamu : YDP PIBG SK LOSONG, Tuan Haji Haradzi bin Harun dan Pegawai Pembangunan Sekolah, Cik Nor Khazira


Banner yang digantung di luar pagar sekolah


Persiapan pentas yang disediakan oleh AJK backdrop dan hiasan pentas

Satu Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 27 telah berlansung dengan jayanya di adakan pada hari Sabtu 28 Februari 2016 betempat di Dewan Bestari SK Losong. Majlis ini telah bermula pada pukul 8.30 pagi dengan pendaftaran ibu bapa dan penjaga murid-murid serta guru-guru.


AJK Pendaftaran yang telah bersedia sejak pukul 8.00 pagi



Kelihatan ibu bapa dan penjaga sedang mendaftarkan nama di kaunter pendaftaran




Ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Maslan Bin Muhammad disambut oleh Puan Guru Besar, Puan Norhazlen binti Abdullah



Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis , Encik Abdul Rashid Bin Ishak dan tetamu berada di pentas utama.

Majlis Mesyuarat PIBG telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sukri bin Abdullah. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Guru Besar, Puan Norhazlen binti Abdullah. 


Ucapan alu-aluan oleh Puan Guru Besar, Puan Norhazlen binti Abdullah



Majlis diteruskan dengan ucapan oleh YDP PIBG SK Losong, Tuan Haji Haradzi bin Harun.


Ucapan alu-aluan daripada YDP PIBG SK Losong, Tuan Haji Haradzi bin Harun



Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Maslan Bin Muhammad (Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Kuala Terengganu). Cik Nor Khazira selaku Pegawai Perhubungan Sekolah turut hadir sama.



Ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Maslan Bin Muhammad




Sesudah ucapan perasmian oleh Ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Maslan Bin Muhammad, maka telah berlansungnya Mesyuarat Agung PIBG SK Losong yang ke 27. Mesyuarat ini telah dipengerusi oleh YDP PIBG, Tuan Haji Haradzi Bin Harun.







 Antara intipati mesyuarat ialah:

  • membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjag tahun 2016
  • melantik AJK baru sesi 2016
  • membincangkan permasalahan yang timbul untuk meningkatkan prestasi anak-anak didik SK Losong
  • membincangkan untuk menambahkan dana bagi tujuan pendidikan anak-anak didik SK Losong





Semua minit mesyuarat telah dicatat dengan sebaiknya oleh pencatat minit yang telah dilantik.


Pencatat minit yang dilantik , Puan Yu Azura, Puan Hikmah, Puan Zuraidah dan Puan Siti Fatimah Aesyah





Alhamdulillah, tahun ini kedatangan ibu bapa penjaga memuaskan dimana hampir 90% ibu bapa dan penjaga dapat menghadiri mesyuarat PIBG kali ini. Semoga dengan kehadiran  semua ibu bapa dan penjaga dapat bersama-sama pihak sekolah membincangkan semua masalah serta bersama-sama dalam meningkatkan prestasi anak-anak didik SK Losong.



Antara ibubapa penjaga yang hadir.







Satu sessi soal jawab di adakan bagi setiap ibu bapa penjaga yang mempunyai masalah dan ketidakpuas hati.


Seorang ibu yang mengutarakan soalan






Satu soalan yang diutarakan oleh seorang bapa pelajar / wakil AJK PIBG



Puan Zaharah dan Puan Ambejeet Kaur


Puan Ambejeet Kaur dan Puan Salma Sa'adah


Selain daripada mesyuarat PIBG, terdapat tabung sumbangan untuk pembangunan surau SK Losong turut disediakan bagi menaiktaraf surau. Ianya juga bertujuan untuk memberi keselesaan kepada para pelajar dan juga warga sekolah untuk menunaikan solat terutamanya solat Zohor dan juga bacaan Yaasin setiap pagi oleh murid Tahun 6 yang akan mengambil UPSR.


Tabung Sumbangan Pembangunan Surau Sekolah


Mesyuarat dihentikan seketika untuk rehat. Sedikit jamuan telah di sediakan untuk para ibu bapa dan penjaga dan juga para tetamu. Jamuan disediakan di kantin sekolah. Menu yang disediakan ialah Nasi Kuning Gulai Ikan Tongkol dan juga pencuci mulut turut di sediakan.


Para ibu beratur mengambil makanan



Para bapa beratur mengambill makanan.






Majlis ini turut diceriakan dengan acara cabutan bertuah. Kebanyakan ibu bapa dan penjaga mendapat cabutan bertuah berupa hamper dan juga barangan elektrik.


Tabung nombor cabutan bertuah 


Antara hamper cabutan bertuah dan juga barangan elektronik yang disediakan untuk cabutan bertuah




Majlis dikejutkan dengan kehadiran wakil daripada anggota polis dari balai polis Chabang Tiga yang turut hadir sama.
















Guru yang paling bertuah, setiap tahun cabutan bertuah akan dapat, Encik Abdul Halim Bin Abdullah









Selesai acara pembahagian hamper dan barangan elektronik cabutan bertuah, satu majlis ringkas merasmikan pondok PIBG telah di adakan. Ianya telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Maslan Bin Muhammad (Pengerusi biro Pendidikan UMNO Bahagian Kuala Terengganu).







Yang Berbahagia Tuan Haji Maslan Bin Muhammad (Pengerusi biro Pendidikan UMNO Bahagian Kuala Terengganu) merasmikan pondok PIBG SK Losong diiringi oleh  YDP PIBG Tuan Haji Haradzi , Pegawai Perhubungan Sekolah, Cik Nor Khazira, Puan Guru Besar, Puan Norhazlen dan juga AJK PIBG








No comments: