Wednesday, April 10, 2013

Setelah 35 tahun berkhidmat, akhirnya En Ismail Penolong Kanan Pentadbiran SK Losong meninggalkan dunia perguruan.

Pada hari Isnin, 8 April 2013 baru-baru ini, berakhirlah perhidmatan En Ismail b Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Losong sebagai seorang guru. En Ismail yang telah 35 tahun menabur bakti kepada ribuan pelajar diseluruh negeri Terengganu ini meninggalkan alam perguruan ini pada umur 58 tahun. Beliau telah berkhidmat dari tahun 1978 di SK Felda Neram-Kemaman, Sk Chukai-1983, SK Kesom, K. Trg-1989, SK Kg Tengah-1994, Sk Ketengah Jaya, sabagai GPK Ko - 2001, Sk Kompleks Gong Badak, sabagai GPK Tadbir - 2003 dan mengakhiri perkhidmatan beliau di SK Losong sabagai GPK Pentadbiran pada 8 April 2013 baru-baru ini. Pada tahun 2000, En Ismail telah berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan segulung ijazah dalam pengkhususan matematik. Kami warga SK Losong merasa kehilangan yang besar dalam dalam mentadbir sekolah. Kemahiran yang ada pada En Ismail dalam bidang pengkomputeran dan fotografi telah banyak menyelesaikan hal-hal yang berkaitan. Kini kami merindui kehadiran penolong kanan yang selama ini mudah untuk berbual bicara dan banyak membantu dalam apa situasi sekali pun. Semoga En. Ismail selepas ini akan berbahagia bersama keluarga dan tak lupa untuk menjenguk kami di SK Losong.