Monday, February 10, 2014

KEM KEPIMPINAN PERINGKAT SEKOLAH 2014

28.1.2014 brtempat di Ibu Pejabat JPAM Cawangan Terengganu telah menyaksikan seramai 70 peserta bersama 4 guru pengiring daripada sekolah ini mengikuti Kursus Kepimpinan Pengawas, Pustakawan, Ketua dan Penolong Kelas serta Jawatan Kanan Unit Kokurikulum sekolah. Program ini mendapat kerjasama sepwnuhnya dari JPAM Daerah K. Terengganu di bawah kendalian Tuan Zabri. Terima kasih tidak terhingga di atas kerjasama tuan dan staff tuan. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan dalam bentuk LDK, teori dan amali juga ceramah. Program ini berlangsung bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang.

Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber 2014

19.1.2014 - Penyampaian Watikah Pelantikan kepada 27 orang Pengawas Sekolah dan 21 orang Pengawas Pusat Sumber telah disempurnakan oleh Ybhg. Sarjan Harun daripada Balai Polis Chabang Tiga. Sebelum itu Tn. Sarjan telah menyampaikan ceramah berkaitan isu semasa dan peranan serta tanggungjawab yang diamanahkan. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.