Sunday, February 07, 2016

MERENTAS DESA DAN SUKANEKA SK LOSONG 2016 PART 1

Tarikh : 04 Februari 2016
Masa : 7.30 pagi - 8.30 pagi
Tempat : Dewan Futsal TTI Kuala Terengganu

AKTIVITI 1 : SENAMROBIK

Pada hari Khamis, bertempat di dewan futsal, SK LOSONG dengan kerjasama dari pihak PIBG SK LOSONG dan ibu bapa pelajar telah berjaya mengadakan satu lagi aktiviti tahunan pada tahun ini iaitu merentas desa dan sukaneka. Aktiviti ini julung kali pertama di adakan di luar dari kawasan sekolah. Ianya adalah cetusan idea dari pihak pentadbir sekolah, terutama sekali dari Puan Guru Besar, Puan Norhazlen binti Abdullah yang menyahut salah satu seruan KPM  untuk melahirkan pelajar yang berkembang secara seimbang dari segi, jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mampu serta sanggup memberi sumbangan kepada kemajuan bangsa dan negara.

Aktiviti ini dimulakan dengan acara senamrobik yang di ketuai oleh Puan Siti Norbaya dan Encik Ruzlan Muda.



Barisan guru-guru perempuan SK Losong yang bersemangat bersenamrobik






Antara barisan guru-guru perempuan SK Losong









Kehadiran pelajar SK Losong yang amat memberansangkan walaupun hujan agak lebat.



Barisan pelajar perempuan SK Losong




Para guru-guru lelaki turut bersama bersenamrobik



Kelihatan Ustaz Mohd Sukri, PK KOKO dan Cikgu Ruzalan Muda begitu bersemangat mengikut rentak senamrobik.


Penyelaras 1M1S, Encik Musatafa Nor dan Encik Abd Halim Abdullah bersama-sama menjayakan program ini.


Puan Ambejeet Kaur dan para pelajar perempuan.


Barisan pelajar lelaki SK Losong





Adik-adik prasekolah juga tidak ketinggalan dalam aktiviti bersenamrobik ini.







No comments: