Saturday, October 29, 2011

Khatam Al-Quran dan ...

Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan UPKK kepada pelajar-pelajar kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Negeri Terengganu Tahun 2011 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gomg Badak pada 28 Oktober 2011. jam 9.00 pagi.
Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Tn Haji Khazan bin Che Mat mewakili YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu. Seramai 6325 murid meliputi Parlimen Kual Terengganu, Parlimen Kuala Nerus, DUN Manir dan DUN Batu Rakit terlibat dalam program ini. Manakala seramai 45 orang murid dari SK Losong terlibat dalam majlis penganugerahan ini yang terdiri daripada murid-murid tahun 2 hingga tahun 5.

Thursday, October 27, 2011

BOLA SEPAK VS OTI 6

...Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Dalam pada itu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang turut bersemangat mahu melihat trofi berkenaan dibawa pulang, mengumumkan peperiksaan yang dijadualkan berlangsung Ahad ini, ditunda keesokan harinya bagi memberi peluang penyokong turun padang.

petikan BERITA HARIAN 27 Okt 2011,ms 47

Monday, October 24, 2011

riba komputer riba


Seramai 2542 orang guru tahun 6 seluruh negeri Terengganu menerima "Komputer Riba" daripada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad bin Said di Dewan Besar Wisma Darul Iman pada 22 Oktober 2011. Tak ketinggalan SK Losong, seramai 9 orang guru telah dapat 'meriba' komputer riba. Mereka adalah:
1.ISMAIL BIN ABDULLAH
2.ABDUL RASHID BIN ISHAK
3.AMBERJEET KAUR A/P KAKAK @ GIAN SINGH
4.ANIZA BT IBRAHIM
5.FARIDAH BT MUDA
6.NORAIZA BT IBRAHIM
7.SABARIAH BT SALIM
8.SITI NOR BAYA BT OTHMAN @ IBRAHIM
9.ZAHARAH BT MOHD

Sunday, October 16, 2011

e-book tahun 4

Penyerahan e-book kepada murid tahun 4 DUN Bandar oleh YB Dato' Toh Chin Yaw
Tarikh:16/10/11
Tempat:Kompleks Seri Iman
Masa:9.00 pagi
SK LOSONG=56
SK TG AMPUAN MARIAM=78
SK PADANG HILIRAN=106
SK SERI NILAM=125
SK PUSAT CHABANG 3=166
SJKC C HWA WEI SIN=173

JUMLAH=704 murid

Wednesday, October 12, 2011

sekayu






Program Pasca UPSR paling diminati dan dinanti "Lawatan Bermaklumat". Kali ini murid-murid tahun 6 diajak melawat Taman Pertanian Sekayu. Sebelum itu murid-murid dibawa melawat ke tapak 'batu bersurat' di Kampung Buluh, Kuala Brang. Di Taman Pertanian murid-murid sempat malawat dan melihat-lihat taman herba / taman ubatan. Antara yang menarik perhatian ialah 'limau kayu' yang boleh mengubat penyakit jantung.
Tanpa mandi di air terjun lawatan tidak bermakna. Guru dan murid-murid diberi peluang merasai kesejukan air terjun di sekayu.

Tuesday, October 11, 2011

BSN ke SKLo




Program lawatan Unit Deposit Konsumer BSN Terengganu ke Sekolaha Kebangsaan Losong.
Tarikh: 11/10/2011
Masa: 10.30 pg
Tempat: Dewan Berstari
Antara perkhidmatan yang ditawarkan untuk pelajar dan guru:
1. Pembukaan Akaun Baru (minimum RM10.00)
2. Tambahan Simpanan
3. Pendaftaran AHLI KELAB PENABUNG MUDA (minimum RM150.00)
4. Penyertaan Pertandingan Skim Galakan Simpanan Pelajar Sekolah

Jual ikan ...






Sebenarnya banyak aktiviti pasca UPSR telah dijalankan dan akan dilaksanakan. Antaranya yang menarik minat semua murid tahun 6 dan guru adalah "ict". Ict adalah singkatan bagi 'ikan celup tepung'.
Murid-murid diajar cara-cara menyiang ikan, membuang sisik serta sirip seterusnya mmembersih ikan cara yang betul. Kemudian ikan digaul didalam tepung yang telah diadun dan terus digoreng. Antara objektif ialah murid dapat pengalaman bagaimana susah atau senang menyediakan masakan/makanan @ lauk.

Tuesday, October 04, 2011

misai berusia 3 bulan





Sedar tak sedar ianya dah berusia 3 bulan. Pokok misai kucing hidup subur di dalam pasu di dalam "taman herba" di SK Losong. Beberapa jenis tumbuhan ubat-ubatan dan 'sayuran' telah diwujudkan di suatu penjuru di dalam kawasan SK Losong pada 2 Julai 2011. Idea "taman herba" diilhamkan sendiri oleh Guru Besar SK Losong, Tn Hj. Ismail bin Abd Rahman.
Antara tumbuhan yang terdapat di dalam 'taman' ini selain misai kucing (The-meda arguens) adalah daun kadok, daun kesum (Bixa orellana), mas cotek, daun kemangi (Ocimum basilicum), serai (Cymbopogon citratus), daun kari, lada, kunyit, halia dan lain-lain.

Friday, September 23, 2011

jamuan hari raya...4

Sir Mohd Zawawi mengadakan jamuan hari raya di rumahnya Kg. Atas Tol, pada hari Jumaat 23/9/11, antara jam 2 -5 p.m. Kemungkinan warga SKLo meraikan jamuan hari raya yang akhir kerana kita telah berada di penghujung Syawal. Menu istimewa adalah kari kambing.

Thursday, September 22, 2011

Among the best ...


SK Losong UPSR achievement for the year 2010 was one of the best in whole Terengganu. Therefore, SKLo is chosen among 40 other excelent schools to join the "Lawatan Kerja Pendidikan ke Korea Selatan" organised by State Government of Terengganu.
The Headmaster of SKLo Tn. Hj. Ismail bin Abd. Rahman is expected to depart for South Korea on 24th of September 2011 to 30th September 2011. The trip will be leaded by the Deputy Director of Terengganu Education Department, En. Hashim bin Mat Zin.
Congratulation.

gembira vs sedih





Gembira kerana dapat bersama pasangan En. Syamsul Azri ke London melanjutkan pelajaran peringkat Ph.D. Tetapi perasaan sedih dan pilu tidak dapat disorokkan juga kerana Pn. Siti Fatimah Aesyah terpaksa berspisah sementara dengan rakan-rakan sejawat sehinggalah tahun 2014.
Banyak kenangan manis di SK Losong semenjak tahun 2007. Selamat berangkat dan selamat pulang.

Tuesday, September 20, 2011

kehilangan .. TAP 5226


Seorang guru SK Losong, ust. Mohd Sukri telah kehilangan kereta proton wira semasa beliau berkursus di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Marang pada 19 September 2011. Kehilangan kereta tersebut disedari apabila hendak pulang setelah tamat kursus pukul 1.30 p.m dan telah dilaporkan di Balai Polis Marang. Bersabar dengan dugaan.

MERDEKA RAYA





Pada 18 September 2011, SK Losong telah mengadakan sambutan "MERDEKA RAYA" bertempat di Dewan Bestari mula pukul 8.00 pagi.
Aturcara
  • Nyanyian lagu kebangsaan dan lagu patriotik
  • Deklamasi sajak murid dan guru
  • Nyanyian
  • Pertandingan melukis
  • Jamuan murid nasi minyak dan kuih raya
  • Sumbangan duit raya kepada semua murid
  • Jamuan guru
Majlis berakhir pada pukul 12.45 tgh

jamuan raya ...jpnt





Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telaha mengadakan jamuan hari raya pada 18 September 2011. Antara jemputan adalah semua Guru Besar SK dan Pengetua SM seluruh negeri Terengganu, YDP PIBG serta ketua-ketua jabatan.
Antara atucara ialah jamuan, persembahan nyanyian dan sumbangan duit raya kepada anak-anak staff oleh Pengarah Pelajaran.

Monday, September 12, 2011

Jamuan Hari Raya




Seramai 20 orang murid yatim dari SK Losong telang diraikan dalam satu majlis "Jamuan Hari Raya" di Pusat Konvensyen, Taman Tamaddun Islam, Pulau Wan Man Kuala Terengganu. Majlis teresebut anjuran Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) pada 12 September 2011 jam 9.00 pagi. Murid SK Losong yang diraikan itu bersama-sama murid-murid yatim 3 buah sekolah berdekatan dibawa dengan bas ke TTI tersebut. Selain murid sekolah yang berdekatan, dijemput sama warga emas dan ibu tunggal di sekitar Losong. Hadir sama ke majlis tersebut dua orang guru pengiring dan juga En. Ismail bin Abdullah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Menurut beliau "ini adalah tahun yang ke-2, pihak PMINT menganjurkan majlis ini dan menjemput murid-murid berhampiran dengan TTI"
YAB Menteri Besar Negeri Terengganu sendiri sudi menyampaikan sumbangan kepada murid yatim, ubu tunggal dan warga emas. Beraneka juadah merupakan makanan dan minuman dihidangkan pada majlis itu dan yang teristimewa sekali adalah "BBQ kambing"

Doa terakhir..


Pada 9 September 2011 pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah mengadakan solat hajat untuk kejayaan murid-murid yang akan mengahadapi peperiksaan UPSR mulai 13 hingga 15 September 2011. Dalam ucapan Guru Besar SK Losong, Tn Hj. Ismail bin Abd Rahman "jangan jadikan solat hajat ini yang terakhir, tuan/puan boleh lakukannya walaupun selepas peperiksaan berkhir."

Sunday, July 24, 2011

Perkhemahan Pengakap SK Losong 2011

Pada 21-23 Julai 2011, perkhemahan Pengakap Kanak-Kanak SK Losong telah diadakan di kawasan Sekolah Kebangsaan Losong. Perkhemahan selama 2 hari 3 malam ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para pengakap sekolah ini mendapatkan lencana Keris Emas, Perak dan Gangsa. Perkhemahan ini juga dapat melatih murid-murid yang terlibat dengan berbagai kemahiran ikhtiar hidup. Para peserta perkhemahan ini adalah terdiri ahli Pengakap Kanak-Kanak SK Losong, Tahun 4 dan 5. 27 orang murid telah menyahut cabaran perkhemahan ini.
Semasa perkhemahan ini murid-murid yang menyertai telah menerima latihan memasang khemah, berkawat, ikatan, pertolongan cemas, isyarat sulit, memanggang roti lilit dan kembara malam. Pada waktu subuh pula, murid-murid didedahkan dengan aktiviti Qiamullai dan juga solat berjemaah 5 waktu.
Selain dari itu, satu ekspedisi berbasikal ke Pulau Sekati juga telah diadakan pada hari kedua perkhemahan. Ekspedisi berbasikal ini adalah yang paling mencabar bagi para peserta kerana selain berbasikal, para peserta juga berjalan kaki mengelilingi pulau. Semasa berada di pulau tersebut, para peserta telah menunaikan solat Asar berjemaah dengan imam dan penduduk kampung Pulau Sekati. Satu perlawanan bolasepak pantai dengan kanak-kanak Pulau Sekati juga telah telah diadakan.
Pekhemahan ini telah juga dibantu oleh sekumpulan Pengakap Kelana dalam memberikan ilmu-ilmu kemahiran berpengakap. Komitmen yang diberikan oleh Pengakap Kelana ini sungguh baik dan tip top. Terima kasih kami ucapkan di atas usaha dan bakti yang telah anda berikan.

Saturday, July 02, 2011

Larian 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia






Tepat pada 7:45 pagi, 2 Julai 2011, para pelajar, guru-guru dan wakil PIBG Sekolah Kebangsaan Losong telah mengikuti program 1M 1S 1M yang telah dijalankan serentak seluruh Malaysia. Program larian ini diadakan sempena Perasmian Program 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Larian ini juga bertujuan untuk mencatatkan rekod dalam Malaysian Book of Record sebagai larian yang mendapat penyertaan paling ramai dan dilepaskan secara serentak seluruh Malaysia.

Larian diperingkat Sekolah Kebangsaan Losong telah mendapat penyertaan dari semua murid Tahap 2 iaitu seramai 193 orang, 31 orang guru, 4 orang kakitangan sekolah dan beberapa orang wakil PIBG. Seorang pegawai dari PPD Kuala Terengganu iaitu YM. Raja Saifulzaman bin Raja Omar (Penyelia Peperiksaan dan Penilaian) juga telah datang untuk turut sama menyertai larian. Jarak larian hampir 2km iaitu melalui pesisir tali air Hiliran Parit Gali dan kampung Losong Haji Su.

Alahamdullilah larian berakhir pada pukul 9.00 pagi dan disambung dengan acara mewarna, melukis dan sambutan Israk Mikraj.

Tuesday, May 03, 2011

Kem Kecemerlangan UPSR (KEMERCU) 2011


Kem Kecemerlangan UPSR (KEMERCU) Sekolah Kebangsaan Losong

Kem Kecemerlangan UPSR (KEMERCU) Sekolah Kebangsaan Losong telah diadakan pada 7 hingga 8 April 2011 bertempat di Angullia House Beach Resort, Marang, Terengganu. Kem ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Tn.Hj. Ismail Bin Abdul Rahman, pada hari pertama kem tersebut.


Cikgu Baharim Ramli selaku penyelaras program telah menerajui perjalanan kem ini. Seramai 70 orang murid daripada Tahun 6 Amanah dan 6 Taqwa terlibat sebagai peserta. Beberapa orang penceramah luar dijemput khas untuk memberikan input-input berguna serta tips-tips mencapai kejayaan yang cemerlang dalam setiap mata pelajaran yang diambil.
Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang 2 hari ini seperti sesi slot ceramah, solat berjemaah, riadah pada waktu petang, dan makan malam perdana bersama-sama guru dan warga Sekolah Kebangsaan Losong. Semoga penganjuran kem kecemerlangan ini mampu membuahkan sesuatu yang membanggakan sepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Losong.



Monday, March 07, 2011

Karnival Sukan 2011



Karnival Sukan SK Losong tahun 2011 telah diadakan pada hari Khamis 3 Mac 2011. Karnival yang berlangsung di 'padang' SK Losong melibatkan dua permainan iaitu bola baling bagi perempuan dan futsal bagi lelaki. Acara yang berlangsung sehingga jam 12.30 tengah hari itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua murid. Acara saringan bagi kedua-dua permainan tersebut telah dijalankan pada sebelah petang bermula 27 Februari hingga 2 Mac 2011.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada pagi Ahad 6 Mac dan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Rumah Hijau telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan mengatasi rumah biru dengan kelebihan 1 mata.


lagi gambar di facebook Skl K. Trg

Monday, February 21, 2011

Maulidur Rasul


Majlis Maulidur Rasul peringkat SK Losong telah disambut pada 17 Februari 2011 bersamaa 14 Rabiul Awal 1432 Hijrah. Majlis yang bertemakan 1 Malaysia 1 Ummah bermula jam 10.00 pagi dengan bacaan salawat yang dipimpin oleh Ustaz Omar Ibrahim diikuti dengan ceramah maulidur oleh Ustaz Mohd Zawawi Mohd Nawawi.

Selepas ceramah, majlis diteruskan dengan Kuiz Maulidur Rasul dan Kuiz Bahasa Arab, Pertandingan Azan dan Iqamah serta pertandingan tulisan khat. Majlis sambutan berakhir jam 1.00 tengah hari.


lagi gambar di facebook Skl K. Trg

Tuesday, January 25, 2011

Terima e-Book


Majlis Penyerahan e-Book Sekolah-sekolah Rendah DUN Bandar telah diadakan pada 25 Januari 2011 bertempat di Dewan Terbuka JHEAT, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu. Majlis yang bermula jam 9.30 pagi telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.

SK Losong merupakan salah sebuah daripada 7 buah sekolah dalam DUN bandar. Seramai 65 orang murid tahun 5 dari SK Losong menerima e-book tersebut yang disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar.


lagi gambar di facebook Skl K. Trg

Sunday, January 23, 2011

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah 2011



Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Tahun 2011 telah diadakan pada 23 Januari bertempat di Dewan Bestari SK Losong. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi itu telah disempurnakan oleh Kopral Mohd Zain dari Balai Polis Chabang Tiga mewakili Ketua Balai Chabang Tiga.

Dalam ucapan beliau pada majlis tersebut, beliau menekankan kepentingan belajar kepada murid-murid di samping memiliki sahsiah diri yang tinggi untuk mengelakkan diri dari terlibat dengan gejala maksiat dan keruntuhan moral. Beliau juga mengingatkan murid-murid agar memperlengkapkan diri untuk menghadapi cabaran yang mendatang dan berhati-hati dalam memilih kawan agar tidak terjebak dengan gejala yang kurang sihat seperti mat rempit dan mengelakkan diri daripada berkunjung ke 'cyber cafe'.


Beliau juga mengingatkan pengawas seumpama 'polis kecil' yang bertugas mengawal disiplin di sekolah, oleh itu pengawas perlu bertugas dengan penuh dedikasi dan amanah. Beliau mengharapkan murid-murid lain memberikan kerjasama kepada pengawas yang menjalankan tugas. Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian watikah dan lencana pengawas tahun 2011.



lagi gambar di facebook Skl K. Trg