Wednesday, February 24, 2010

Latihan Pengosongan Bangunan

Berkumpul di tempat selamat

Taklimat mengenai langkah keselamatan

Tengok betul-betul...

Adik Ridhwan cuba memadamkan api...

Adik Wan Nur Aisyah mencuba...

Cikgu Zaimah menunjukkan kebolehannya...

Cikgu Zaharah dengan aksi tersendiri...


Satu Latihan Pengosongan Bangunan dan Demonstrasi Memadam Kebakaran telah diadakan di SK Losong pada 23 Februari 2010. Aktiviti yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Bomba & Penyelamat Daerah Kuala Terengganu bermula jam 10.00 pagi di perkarangan SK Losong.


Latihan Pengosongan Bangunan bermula dengan loceng amaran dibunyikan dan semua murid diarahkan berkumpul di Dataran SK Losong. Sesi latihan yang dikendalikan oleh Penolong Penguasa Bomba, Rani bin Harun mendapat kerjasama daripada semua guru dan murid SK Losong.


Aktiviti diteruskan dengan demonstrasi memadam kebakaran. Guru-guru dan murid diberi tunjuk ajar mengenai cara pengendalian alat memadam kebakaran Beberapa orang murid dan guru kemudian mencuba menggunakan alatan tersebut untuk memadam kebakaran.

Sunday, February 21, 2010

Selamat Datang

SK Losong, 21 Februari, Pihak SK Losong mengucapkan selamat datang kepada Guru Besar baru SK Losong, Tn. Haji Ismail bin Abd. Rahman. Sebelum ke SK Losong, Tn. Hj. Ismail merupakan guru besar di SK Felda Cherul, Kemaman.

Pihak sekolah juga mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Hamzah b Awang yang bertukar dari SK Paloh ke SK Losong pada tarikh yang sama. Selamat datang...

Thursday, February 18, 2010

Salam Terakhir

Amanat terakhir...

Cenderamata tanda kenangan

Selamat berpisah...

Jangan lupa kami di sini...

Tambah tisu... sedih ni...

Wajah-wajah sayu

SK LOSONG 18 Februari, satu majlis perpisahan Guru Besar SK Losong, Pn. Norlela bt Yusoff telah diadakan di Dewan Bestari pada jam 12.00 tengah hari. Pn. Norlela akan meneruskan tugas yang sama di sekolah baru iaitu SK Seri Nilam, Kuala Terengganu. Majlis tersebut diselubungi suasana sedih dan pilu untuk melepaskan guru besar yang berkhidmat selama 5 tahun di SK Losong. Sebelum ke SK Losong, Pn. Norlela pernah berkhidmat di SK Pasir Panjang Kuala Terengganu dan SK Penarik, Setiu.

Majlis dimulakan dengan penyampaian amanat terakhir daripada Guru Besar kepada semua guru dan murid-murid SK Losong. Dalam ucapan tersebut, beliau berharap SK Losong akan terus mencapai kejayaan yang gemilang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Beliau juga berbangga kerana SK Losong mencapai kedudukan terbaik dalam UPSR pada tahun 2009.

Majlis diakhiri dengan acara penyampaian cenderamata dari setiap kelas dan semua murid dan guru mengambil kesempatan terakhir untuk bersalaman dengan beliau. Salam perpisahan...



Saturday, February 06, 2010

Kem Kepimpinan Pengawas 2010

Tekun mendengar ceramah...

Ceramah dari PDRM.

Ceramah dari AADK.

Guru-guru menyediakan makan untuk peserta...

Ketua Tukang Masak.

Makan tengah hari di Bengkel KH.

Kem Kepimpinan Pengawas telah diadakan pada 5 - 6 Februari 2010 bertempat di Bilik Audio Visual SK Losong. Kursus yang melibatkan semua Pengawas Sekolah dari tahun 3 hingga 6 dianjurkan bersama oleh Badan Disiplin dan Unit Bimbingan SK Losong telah menjemput beberapa orang penceramah dari luar seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pihak PDRM diwakili oleh anggota dari Balai Polis Chabang Tiga Kuala Terengganu.