Tuesday, October 19, 2010

Bulan Bahasa

Pelancaran Bulan Bahasa

Program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah telah diadakan pada 17 Oktober 2010 bertempat di Dewan Bestari SK Losong. Program yang diadakan bermula jam 7.45 pagi telah dilancarkan oleh Guru Besar SK Losong, Tn. Hj. Ismail Abd. Rahman.

Di antara pengisian yang diadakan dalam program tersebut ialah nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa, persembahan sajak dan pantun oleh murid-murid SK Losong. Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah pertandingan bercerita Bahasa Melayu yang mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya daripada murid tahun 4.

Pihak Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan kejayaan menganjurkan majlis tersebut yang berjalan lancar dan berharap majlis tersebut akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Thursday, October 14, 2010

Kitar Semula

Ucapan perasmian oleh Guru Besar

Pameran oleh Jabatan Alam Sekitar

Minggu Kitar Semula peringkat Sekolah Kebangsaan Losong telah dilancarkan pada 5 Oktober 2010 bertempat di Dewan Bestari SK Losong. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Losong pada jam 9.00 pagi.

Minggu kitar semula telah mendapat kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu yang telah mengadakan pameran dan ceramah mengenai kesedaran kitar semula. Aktiviti yang berlangsung selama seminggu berakhir dengan aktiviti pengumpulan bahan kitar semula khususnya kertas dan barangan plastik.

Sunday, October 10, 2010

Perkhemahan Tahun 6

Kawasan Perkhemahan

Kembara ke Bukit Besar

Kembara bersama Kem Komandan

Perkhemahan Tahun 6 SK Losong telah diadakan pada 30 September hingga 2 Oktober 2010 bertempat di pekarangan SK Losong Kuala Terengganu. Perkhemahan bermula jam 2.30 petang melibatkan semua murid tahun 6 dengan aktiviti pertama iaitu membina khemah di tapak perkhemahan.

Pelbagai aktiviti diadakan semasa perkhemahan antaranya, kembara ke Bukit Besar, Pertandingan Memasak dan Persembahan Kesenian. Perkhemahan selama 3 hari 2 malam berakhir jam 12.00 tengah hari 2 Oktober 2010.


lagi gambar di facebook Skl K. Trg


Aidilfitri 2010

Doa sebelum majlis bermula.

Persembahan murid tahun 4

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SK Losong telah diadakan pada hari Khamis 30 September 2010. Majlis yang diadakan di Dewan Bestari SK Losong bermula jam 8.45 pagi dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar. Majlis diteruskan dengan persembahan murid-murid yang tampil bergaya dengan baju raya menyanyikan lagu-lagu raya diselangselikan dengan persembahan oleh guru-guru SK Losong. Dalam majlis tersebut juga dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih raya yang dibawa oleh murid-murid. Majlis pada hari tersebut berakhir jam 12.00 tengah hari.

lagi gambar di facebook Skl K. Trg