Sunday, May 30, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21

Ibu bapa yang hadir

Mesyuarat Agung PIBG SK Losong telah diadakan pada hari Sabtu 22 Mei 2010 di Dewan Bestari. Mesyuarat yang bermula jam 8.30 pagi dihadiri oleh ibu bapa murid telah dirasmikan oleh Ybhg Dato’ Wan Ahmad Farid bin Dato’ Wan Salleh ( Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu ).


AJK PIBG


Dalam mesyuarat kali ini jawatankuasa yang lama masih lagi dikekalkan dan ditambah dengan Ahli Jawatankuasa yang baru iaitu Encik Mohd Hilmi Mohd Noor, Encik Mohd Jamean Ibrahim dan Engku Ariff Raja Ali. Manakala, Pemeriksaan Kira-kira 1 ialah Encik Abdul Rashid Yusof.


Ketibaan Dato' Wan Farid


Dalam majlis tersebut juga pihak sekolah telah menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada salah seorang bapa murid iaitu En. Azlan Khairun b Osman yang telah menyumbangkan 150 naskhah Al-Quran kepada SK Losong. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 berakhir dengan acara cabutan bertuah. Sebanyak 40 hadiah telah disediakan oleh pihak penganjur. Tahniah kepada AJK yang baru dilantik, semoga semua ajk PIBG dapat berganding bahu bersama dalam memastikan kecemerlangan anak-anak didik SK Losong. Lagi gambar dalam Facebook Skl K. Trg


Cenderamata kepada En. Azlan Khairun...

Thursday, May 20, 2010

Perkhemahan Mini Pengakap

Perkhemahan Mini Pengakap telah diadakan di perkarangan SK Losong pada 20 hingga 21 Mei 2010. Perkhemahan selama 2 hari 1 malam itu diadakan khusus untuk murid tahun 4 dan 5 bagi mendapatkan Lencana Gangsa dan Perak disertai oleh 22 orang murid dan dipimpin oleh Cikgu Faiz serta beberapa orang guru.
Baris sedia.....
Begini caranya...
Kena lawanlah pula...
lagi gambar dalam Facebook Skl K. Trg

Kuntum

Selamat Datang Ke SK Losong.....

Majalah Kuntum telah mengadakan lawatan ke SK Losong pada 17 Mei 2010 sempena program Kempen Galakan Membaca kelolaan majalah tersebut. Lawatan tersebut merupakan lawatan kali ke-2 ke SK Losong setelah lawatan pertama pada tahun 2007. Rombongan Kuntum tiba jam 10.30 pagi diketuai oleh En. Rofit Miah selaku pengurus pengedaran Kuntum bersama 6 orang krew majalah Kuntum.

Hai.....

Nama saya Si Comel

Lawatan yang bertujuan untuk memperkenalkan majalah Kuntum kepada murid sekolah telah disambut meriah oleh murid-murid SK Losong lebih-lebih lagi lawatan tersebut turut diiringi oleh maskot Kuntum iaitu Si Comel. Murid-murid tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan bersalaman dengan Si Comel.

lagi gambar di Facebook Skl K. Trg

Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari Guru 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat SK Losong telah diadakan pada 16 Mei 2010 bertemakan 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Acara sambutan telah diadakan di Dewan Bestari SK Losong dengan bacaan perutusan selamat hari guru daripada Ketua Pengarah Pelajaran dan juga perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. Lafaz Ikrar Hari Guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu tema "Guru Pembina Negara Bangsa" juga diadakan dalam majlis tersebut.

Acara Dewan

Ikrar Hari Guru

Panas....

Majlis yang dihadiri oleh semua guru SK Losong turut dihadiri oleh NYDP PIBG SK Losong mewakili YDP PIBG. Turut dijemput dalam majlis sambutan tersebut ialah guru-guru kelas agama petang.

'Lari Kaki Tiga'

'Basikal Lambat'

Setelah berakhir acara di Dewan Bestari, majlis diteruskan dengan acara padang yang menyaksikan semua guru mengambil bahagian dalam acara sukaneka. Di antara acara yang dipertandingkan ialah Lari Kaki Tiga, Basikal Lambat, Bowling Nyior dan beberapa acara lagi.

'Bowling Nyior'

Majlis sambutan pada hari tersebut diteruskan dengan acara persembahan guru-guru dan murid di Dewan Bestari dan acara berakhir dengan majlis penyampaian hadiah pada jam 12.30 tengah hari.

Lagi Gambar di Facebook Skl K. Trg

Wednesday, May 12, 2010

Karnival Sukan & Permainan

Karnival Sukan Dan Permainan SK Losong telah diadakan di bermula 2 Mei dan berakhir pada 11 Mei 2010. Semua perlawanan diadakan di SK Losong bermula jam 2.30 petang. Acara yang dipertandingkan ialah bola sepak bagi murid lelaki tahun 3 hingga 6 dan bola baling bagi murid perempuan tahun 3 hingga tahun 6. Bagi murid-murid tahun 1 & 2 pula telah diadakan acara sukaneka pada 11 Mei 2010 bertempat di Dewan Bestari SK Losong. Acara penyampaian hadiah kepada pasukan yang berjaya akan diadakan pada 16 Mei bersempena dengan sambutan Hari Guru.

Bola baling...

Jagaaa.....

Takkan tak masuk kot...

Futsal

Sukaneka...

Jual...jual...

Cepattttt......