Friday, April 18, 2014

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK LOSONG 2014

17-19 april 2014, perkgemahan unit beruniform diadakan di sekolah ini. Seramai 103 orang peserta terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 telah menyertainya. Pelbagai aktiviti menarik diadakan. Antaranya sukaneka, kemahiran memadak,celupan batik, kawat kaki, mendirikan khemah, bantu mula, ikatan dan simpylan, ceramah agama , malam kebudayaan dan tazkirah. Program ini telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar. Kem Komanden ialah Cg. Ruzlan Muda, manakala Penolong Kem Komanden pula adalah Cg Marhamah. Quater Master terdiri daripafa Cg. Haji Mohd Sukri dan Cg Abdul Halim. Unit Unifo terlibat adalah Pengakap, TKRS, PPIM dan Pandu Puteri Tunas. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Anda semua adalah insan hebat.

Tuesday, April 08, 2014

Kem UPSR bersama APMT

06-08.4.2014, Marang Village & SPA, Kelulut. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada Tuan Pengarah APMT kerana membiayai sepenuhnya program ke arah kecemerlangan UPSR sekolah kami. Peserta adalah terdiri daripada 49 calon UPSR. Pelbagai aktiviti telah diadakan. Kami juga telab mendengar ceramah yang disampaikan oleh Penggerak BTN Trg, YM Tengku Saifudin bin Engku Jalal. Selain itu, aktiviti riadah dan kuliah maghrib dan subuh juga diadakan. Perkongsian ilmu dan teknik menjawab soalan UPSR telah dikendalikan oleh guru-guru AKRAM Trg. Mereka adalah Tn Hj. Mohd Zubir (BM - SK Gong Balai), Pn. Faridah Thean (BI - SK Pusat Bukit Besar), Pn. Dahlia bt Embong (M3- Pegawai SISC PPDKT) dan En. Zakaria (Sn - SKTAI). Terima kasih kepada semua. Doakan kejayaan menjadi milik kami.

MESYUARAT PIBG 2014

8.3.2014 - Mesyuarat PIBG sekolah ini telah disempurnakan oleh YB YDP DUN Terengganu, Tuan Haji Mohd Zubir bin Embong. Kami warga sekolah merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepafa YB dan semya ibubapa dan guru yang hadir.

Monday, April 07, 2014

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE 2014

Program ini telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar. Antara acara diselitkan adalah simbolik pelancaran, edaran kek cawan kepada semua murid, bookmark dan buku program mentor mentee kepada semua guru kelas.