Thursday, November 13, 2008

UPSR 2008 - Tahniah

10 daripada 11 calon yang berjaya bergambar
bersama Guru Besar & guru-guru.

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya dalam UPSR 2008. Seramai 11 orang calon UPSR dari SK Losong telah berjaya mendapat 5A dalam keputusan yang diumumkan pada 13.11.08. Dalam peperiksaan tersebut, seramai 69 calon telah mendudukinya dan daripada jumlah tersebut kertas Bahasa Melayu Pemahaman mendapat 94.2% calon lulus ( A,B,C). Kertas Penulisan pula, jumlah calon lulus ialah 89.9 peratus, diikuti Matematik 85.5, Sains 82.6 dan Bahasa Inggeris 78.3 peratus.

Calon-calon yang mendapat 5A ialah, Ahmad Shahidi b Mokhtar, Ain Nur Khairani b Azmi, Amirah Liyana bt Ahmad Nazli, Azmatun Najihah bt Suhaimi, Che Hanisah bt Che Zakaria, Ilya Qurratu Ain bt Kamarul Ariffin, Mohammad Khairul Imran b Ahmad, Norfarah Azlieyana bt Che Omar, Siti Nur Afiqah bt Zakaria, Syafiqah bt Mohamed dan Wan Muhammad Tarmizi b Wan Latiff. Tahniah sekali lagi kepada yang mendapat 5A...

Wednesday, November 12, 2008

Majlis Anugerah Kecemerlangan

Ust. Faiz sedang memimpin bacaan doa

Persembahan adik-adik pra sekolah

Dari kiri PK I, YDP PIBG & Pn. Guru Besar

PK I sedang menyampaikan hadiah

Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Losong telah diadakan pada 11 November 2008 bertempat di Dewan Bestari SK Losong. Majlis yang diadakan tepat jam 10.00 pagi telah dirasmikan oleh YDP PIBG iaitu Tn Hj Haradzi bin Harun. Majlis yang diadakan saban tahun itu bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian murid dari peringkat pra sekolah hingga ke darjah enam. Majlis penyampaian hadiah telah diselang-selikan dengan persembahan murid pelbagai peringkat t elah berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Sunday, November 02, 2008

Jamuan Akhir Tahun & Majlis Perpisahan Pengawas

diet ke?

Ini diet juga......

Makan roti jee..

Kelab Guru SK Losong telah mengadakan jamuan akhir tahun pada 1 November 2008 di sebuah hotel terkemuka di Batu Burok. Majlis tersebut diadakan serentak dengan majlis perpisahan pengawas 2008. Majlis yang bermula jam 3.00 petang disertai oleh semua guru dan kaki tangan serta pengawas sekolah. Majlis tersebut juga turut meraikan perpisahan seorang kaki tangan iaitu Pn. Wan Roshidah ke SK Paya Bunga, di samping turut meraikan seorang guru yang akan menunaikan haji pada tahun ini.

Saturday, November 01, 2008

Perkhemahan Unit Beruniform 2008

Perkhemahan Unit Beruniform 2008 telah diadakan pada 30 Oktober hingga 1 November 2008 di perkarangan SK Losong. Perkhemahan yang disertai oleh semua murid tahun 6 bermula jam 10.00 pagi dengan acara mendirikan khemah. Pelbagai acara telah diadakan sempena perkhemahan tersebut antaranya pertandingan memasak, pertandingan rekacipta, malam kebudayaan, demonstrasi memadam kebakaran dan lawatan ke Pertunjukkan Kuda Kebangsaan (Kuda Sokmo) di Terengganu Equestrian Resort (TER). Antara aktiviti yang paling menarik perhatian peserta perkhemahan ialah lawatan ke TER dan demonstrasi memadam kebakaran oleh Jabatan Bomba & Penyelamat.

Khemah didirikan dicelah-celah pokok bunga

Dapat naik kereta kuda

Cikgu Faiz sedang memeriksa jantina kuda

Beramah-mesra dengan badut

Mengambil bahagian dalam peraduan mewarna

Ceramah Jabatan Bomba dan Penyelamat

Demonstrasi menyelamat

Demonstrasi memadam kebakaran