Tuesday, February 02, 2016

PROGRAM KESIHATAN & KEBERSIHAN GIGI

Tarikh : 02 Februari 2016
Masa : 8.00 pagi - 9.00 pagi
Tempat : SK Losong

Satu program mengenai penjagaan gigi telah di adakan di SK Losong. Ianya telah di anjurkan oleh PKD Kuala Terengganu bahagian gigi . Taklimat penjagaan dan kebersihan gigi telah diberikan oleh jururawat klinik gigi dari PKD Kuala Terengganu. Murid yang terlibat adalah murid tahap 1 iaitu darjah 1, 2 dan darjah 3. Mereka telah di berikan penerangan tentang betapa pentingnya penjagaan kebersihan gigi.









Penerangan tentang penjagaan gigi dan cara membersih gigi yang betul diberi oleh jururawat pergigian dari PKD Kuala Terengganu.


No comments: