Sunday, February 07, 2016

MERENTAS DESA DAN SUKANEKA SK LOSONG 2016 PART 2

Tarikh : 04 Februari 2016
Masa : 8.30 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Futsal TTI Kuala Terengganu

AKTIVITI 2 : SUKANEKA TAHAP 2

Aktiviti diteruskan dengan SUKANEKA PRASEKOLAH DAN TAHAP 1. Ditambahan pula dengan cuaca hujan, maka acara merentas desa di tunda seketika. Namun acara tetap meriah dengan sukaneka prasekolah dan Tahap 1. Ini dapat dilihat dengan gelagat murid-murid dan guru-guru rumah sukan yang bersemangat dalam menyokong murid-murid yang terlibat. Antara acara yang dipertandingkan ialah membawa bola dengan gelung rotan, berlari dengan kasut gergasi dan sebagainya. TAHNIAH DI ATAS SEMANGAT KESUKANAN YANG ADIK-ADIK TAHAP 1 TUNJUKKAN.


Kelihatan guru-guru lelaki sedang menyediakan bola untuk acara sukaneka.



Acara menarik bola dengan gelung rotan



Acara berlari bergilir-gilir dengan memakai kasut gergasi


Kelihatan guru-guru begitu bersemangat memberi sokongan kepada murid-murid


Acara berlari berganti-ganti sambil membawa bola



Acara memukul bola hoki dengan kayu hoki


Antara penyorak utama rumah BIRU



Tak lupa juga kepada adik-adik prasekolah yang bermain di dalam acara berebut kerusi.






No comments: