Thursday, September 26, 2013

KEM 1M1S PERINGKAT SEKOLAH 2013

26 - 28.9.2013, sekolah kami mengadakan kem 1m1s. Kem ini melibatkan seramai 44 peserta yang terdiri daripada murid tahun 4 dan 5.

Wednesday, September 25, 2013

PdP

Hari ini giliran murid-murid pula berada di depan kelas untuk sesi pembentangan hasil kerja kumpulan masing-masing. Tahniah di atas kreativiti semua. Semoga menjadi asas untuk membina keyakinan diri dan mengaplikasikan penggunaan peta minda.

Saturday, September 21, 2013

Selamat Pagi Semua

21.9.2013... Para guru sk losong telah menghadiri seminar integriti warga pendidik daerah kuala terengganu 2013. Seminar ini dirasmikan oleh En. Azahar, PPPDKT.

Thursday, September 19, 2013

HARI KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2013

Apa khabar semua? Hari ni merupakan sejarah buat sekolah kami kerana buat julung kalinya diadakan HARI KOKURIKULUM PERINGKAT SEKOLAH. Pelbagai acara diadakan seperti pertandingan masakan, gubahan, kawat kaki, mewarna, hafazan dan mengarang esei. Selain itu, sekolah juga telah mendapat kerjasama mengadakan pameran dan demonstrasi daripada pejabat kesihatan daerah k.trg, aadk terengganu dan JPA3 terengganu. Ibubapa juga turut serta dalam menjayakan program ini. Terima kasih semua.

Sunday, September 15, 2013

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2013

Apa khabar semua? Hari ini sekolah kami telah mengadakan program sambutan hari kemerdekaan ke 56 bagi tahun 2013. Pelbagai acara diadakan untuk. Bagi menyemarakkan semangat cintakan negara.

Wednesday, September 11, 2013

Debaran Hari Ke 2 UPSR

SELAMAT BERJUANG....KAMI WARGA SK LOSONG MENDOAKAN KEJAYAAN KALIAN. AMIN.

Monday, September 09, 2013

Majlis Restu Ilmu Calon UPSR 2013

Selamat menduduki peperiksaan. Kami warga sekolah mendoakan kejayaan anda.

Solat Hajat UPSR 2013

8.9.2013- bermula jam 6.30 petang, para jemputan yang terdiri daripada YDP PIBG, ahli-ahli jawatankuasa PIBG, Guru ibubapa juga para calon UPSR SK Losong telah berkumpul untuk solat hajat dan bacaan yasin buat kali ke 3 dan terakhir sebelum UPSR. Program ini bermula dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat, bacaan yasin dan solat isyak. Ya ALLAH...berilah kejayaan menjadi milik kami. Selamat menduduki peperiksaan UPSR pada 10- 12.9.2013. Buat yang terbaik.