Monday, February 27, 2006

Kejohanan Merentas Desa 2006


Kejohanan Merentas Desa 2006 telah diadakan pada hari Khamis 23.02.2006. Kejohanan tersebut telah disertai oleh murid tahun 2 hingga 6 dan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu perempuan tahun 3 & 4, lelaki tahun 3 & 4, perempuan tahun 5 & 6 dan lelaki tahun 5 & 6. Para peserta telah dilepaskan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Ust. Raja Daud Raja Mamat pada pukul 8.30 pagi.

Saturday, February 11, 2006

Ceramah Motivasi Keibubapaan

Tn. Hj. Ariffin b Embong sedang menyampaikan ceramah

Majlis Ceramah Motivasi Keibubapaan telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Losong pada hari Khamis 9 Februari 2006. Ceramah yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah menjemput Tn. Hj. Ariffin b Embong, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Terengganu sebagai penceramah undangan.
Majlis tersebut bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang telah dihadiri oleh ibubapa murid-murid tahun 4, 5 dan 6.

Saturday, February 04, 2006

Guru SKL 2006

Warga Guru SK Losong 2006

Watikah Pelantikan Pengawas

Majlis penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2006 telah diadakan pada hari Ahad 8 Januari 2006 di Dewan Bestari SK Losong. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Losong iaitu Pn. Norlela bt. Yusoff.
Seramai 40 orang murid dari tahun 3 hingga 6 telah dilantik sebagai pengawas sekolah yang diketuai oleh Ahmad Zuhairi Uzair b Zahir Rudin. Manakala penolong ketua pengawas pula ialah Nur Alya Hanani bt Noormi.
Pada majlis tersebut, guru besar berharap semoga pengawas dapat menjalankan tugas masing-masing dengan cemerlang bagi memastikan disiplin murid SK Losong berada pada tahap terbaik untuk membentuk kecemerlangan dalam pelajaran.

Hari Pertama Persekolahan 2006

Hari pertama persekolahan tahun 2006 bermula pada Hari Isnin 2 Januari 2006. SK Losong bermula pada hari pertama dengan 12 kelas iaitu 2 kelas pada setiap tahun dengan murid seramai 422 orang dan guru seramai 27 orang.