Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru

Bacaan Ikrar

Nyanyian Lagu Guru Malaysia

Bacaan Perutusan Hari Guru

Sukaneka 'Boling Nyior'

Menjunjung Pundi Kacang

Acara Memasak Dimonopoli Guru Lelaki

Menu Istimewa 'Keli Berlada'

Ketua Tukang Masak

Sedapnya....

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2009 telah diadakan pada hari Ahad 17 Mei 2009. Sambutan yang bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Sambutan yang diadakan secara sederhana tetapi meriah dimulakan dengan perhimpunan pagi di Dewan Bestari. Acara di Dewan Bestari dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan, Lagu Sekolah, Lagu Guru Malaysia dan lagu tema "Guru Pembina Negara Bangsa". Bacaan Ikrar Hari Guru juga diadakan diikuti dengan bacaan perutusan hari guru daripada Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran.

Selepas acara di Dewan Bestari, majlis sambutan Hari Guru diteruskan dengan acara sukaneka di Dataran Iman. Beberapa acara sukaneka dipertandingkan melibatkan penyertaan daripada guru dan murid mengikut rumah sukan.

Wednesday, May 13, 2009

PLBS DAN PEKA

PEKA

PLBS

PLBS

Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Penilaian Kerja Amali (PEKA) bagi mata pelajaran Sains sedang giat dijalankan oleh pihak sekolah. Pada hari Khamis, 7 Mei 2009 pihak pentafsir kawasan bagi kedua-dua subjek tersebut telah mengadakan lawatan ke sekolah bagi menyempurnakan tugasan masing-masing. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pentafsir tersebut.

Karnival Futsal Dan Bola Baling 2009

Perlawanan antara rumah tahun 6

Bersemangat walaupun di gelanggang yang serba kekurangan...

Perlawanan bola baling

Karnival Futsal dan Bola Baling 2009 telah diadakan di SK Losong pada 4, 5 dan 6 Mei 2009. Karnival yang berlangsung selama 3 hari tersebut melibatkan 12 pasukan bola baling dan 12 pasukan futsal mengikut rumah dari tahun empat hingga tahun 6. Pasukan bola baling hanya disertai oleh murid perempuan manakala futsal hanya disertai oleh murid lelaki. Pertemuan peringkat akhir kedua-dua perlawanan tersebut akan diadakan serentak dengan sambutan Hari Guru peringkat sekolah nanti.