Wednesday, February 24, 2016

PERARAKAN APRESIASI KOKURIKULUM 2016

Tarikh : 23 Februari 2016
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Tempat : Bermula di Dewan Bestari SK Losong
              Gotong Royong di Surau Losong Haji Su
Sasaran : Murid Tahap 2 dan semua guru-guru dan pihak pentadbir SK Losong
Tetamu : Puan Siti Norazwana binti Abu Hassan (Pegawai HEM PPDKT)

Satu program kokurikulum telah di adakan pada hari Selasa iaitu Perarakan Apresiasi Kokurikulum 2016 telah diadakan. Ianya merupakan salah satu juga daripada aktiviti kokurikulum. Selain itu juga satu kerjasama dengan pihak komuniti KG Losong di mana satu gotong royong membersihkan surau Kg Losong Haji Su yang melibatkan murid-murid dan semua guru-guru SK Losong telah di adakan.


Puan Guru Besar, Puan Norhazlen binti Abdullah mengiringi Pegawai HEM PPDKT, Puan Siti Norazwana binti Abu Hassan

Perarakan dimulakan dengan Puan Guru Besar, PK KOKO dan PK Pentadbiran di bahagian hadapan dan juga beberapa orang ahli PENGAKAP yang memegang banner Perarakan Apresiasi Kokurikulum 2016. Diikuti oleh Persatuan Puteri Islam, Tunas Puteri, Kadet Remaja Sekolah dan akhir sekali Pengakap.





Aktiviti gotong-royong yang diadakan di surau Kampung Losong Haji Su. 


Sebelum memulakan aktiviti gotong-royong di adakan, satu taklimat ringkas di berikan.










Selesai aktiviti gotong-royong, semua murid dan semua guru-guru bersama masyarakat setempat menjamu selera yang di sediakan.









TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG TERLIBAT. TIDAK LUPA JUGA DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA AHLI PIBG YANG TERLIBAT, PIHAK MASYARAKAT SETEMPAT DAN JUGA KEPADA ANGGOTA POLIS BALAI CHABANG TIGA YANG MENJAGA KESELAMATAN KETIKA PERARAKAN TERSEBUT.


No comments: