Saturday, March 21, 2009

Hari Guru 2009

Perayaan Sambutan Hari Guru 2009 peringkat kebangsaan pada tahun ini akan diadakan di Terengganu, dan Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu telah dipilih sebagai tempat sambutan tersebut yang akan berlangsung pada 16 Mei 2009. Tema sambutan pada tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa.

Kami warga SK Losong yang berada berhampiran dengan TTI merasa bertuah kerana sambutan tersebut diadakan berhampiran dengan sekolah kami. Bersama-samalah kita memanfaatkan sambutan tersebut.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


GURU MALAYSIA

Kami Guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putera-puteri Negara kita


Pada Seri Paduka

Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kami semua


Dibidang pembangunan

Kami tetap bersama

Membantu membina

Negara yang tercinta


Amanah yang diberi

Kami tak persiakan

Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan




Klik pautan ini untuk ke Laman Web Hari Guru


http://www.moe.gov.my/hariguru/