Wednesday, December 22, 2010

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2011


PK HEM sedang menyampaikan amanat beliau

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2011 telah diadakan pada 21.12.2010 bertempat di Makmal Komputer SK Losong. Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi telah dipengerusikan oleh Guru Besar SK Losong, Tn. Hj. Ismail Abd Rahman.

Mesyuarat yang dihadiri oleh semua guru kecuali Cg. Baharim Ramli yang masih berkursus telah membincangkan mengenai perancangan tahun 2011 dan persediaan menyambut sesi persekolahan 2011. Guru Besar juga mengalu-alukan kehadiran tiga orang guru baru ke SK Losong iaitu Cg. Abd. Halim Abdullah dari SK Kg. Baru Serada, Cg. Sabariah Salim dari SK Pusat Chabang Tiga dan Cg. Ruzlan Muda dari SK Tok Jiring. Disamping itu Guru Besar juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada dua orang bekas guru SK Losong yang berpindah iaitu Cg. Maimun ke SK Gong Badak dan Cg. Tan Siw Lee ke SK Pusat Chabang Tiga.

Friday, November 12, 2010

UPSR 2010


Seramai 14 orang dari 65 calon UPSR SK Losong telah mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut yang diumumkan pada 11/11/2010. Seramai 6 orang telah mendapat 4A1B manakala GPS bagi SK Losong ialah 1.82 yang telah meletakkan SK Losong dalam kedudukan ke-5 dalam daerah KualaTerengganu dan ke-42 dalam negeri Terengganu berdasarkan GPS.

Pengumuman keputusan tersebut diadakan di Dewan Bestari SK Losong pada jam 11.00 pagi telah disambut gembira oleh calon-calon UPSR dan juga guru-guru SK Losong. Guru Penolong Kanan 1, Encik Ismail Abdullah telah menyampaikan slip keputusan peperiksaan kepada semua calon. Sementara itu, calon yang mendapat 5A telah mendapat habuan pertama yang disumbangkan oleh Kedai Kita SK Losong berjumlah RM50.00 bagi setiap calon yang juga telah disampaikan oleh GPK 1 yang mewakili Guru Besar SK Losong.

Calon-calon yang mendapat 5A ialah;Ahmad Asyraf B Abdul Rashid; Md Iskandar Zulqarnain B. Azmi; Mohamad Amirul Haqeem B Abu Bakar; Muhammad Anas Bin Zaharuddin; Md. Hafiz Aiman; Ridhwan Bin Muslim; Aisyatun Najwa Bt Nassiruddin; Norkhaleeda Bt Zulkipli; Nur Aziera Jasmin Bt Mohd Saifuzam; Nur Madihah Bt Mohd Sabri; Siti Nuraisha Bt Harun; Wan Nur Aisyah Binti W. Ramli; Wan Nur Aizatul Azleene Bt Wan Mohd Zaidi dan Wan Nurul Liyana Bt Wan Sazali.


Tuesday, October 19, 2010

Bulan Bahasa

Pelancaran Bulan Bahasa

Program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah telah diadakan pada 17 Oktober 2010 bertempat di Dewan Bestari SK Losong. Program yang diadakan bermula jam 7.45 pagi telah dilancarkan oleh Guru Besar SK Losong, Tn. Hj. Ismail Abd. Rahman.

Di antara pengisian yang diadakan dalam program tersebut ialah nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa, persembahan sajak dan pantun oleh murid-murid SK Losong. Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah pertandingan bercerita Bahasa Melayu yang mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya daripada murid tahun 4.

Pihak Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan kejayaan menganjurkan majlis tersebut yang berjalan lancar dan berharap majlis tersebut akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Thursday, October 14, 2010

Kitar Semula

Ucapan perasmian oleh Guru Besar

Pameran oleh Jabatan Alam Sekitar

Minggu Kitar Semula peringkat Sekolah Kebangsaan Losong telah dilancarkan pada 5 Oktober 2010 bertempat di Dewan Bestari SK Losong. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Losong pada jam 9.00 pagi.

Minggu kitar semula telah mendapat kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu yang telah mengadakan pameran dan ceramah mengenai kesedaran kitar semula. Aktiviti yang berlangsung selama seminggu berakhir dengan aktiviti pengumpulan bahan kitar semula khususnya kertas dan barangan plastik.

Sunday, October 10, 2010

Perkhemahan Tahun 6

Kawasan Perkhemahan

Kembara ke Bukit Besar

Kembara bersama Kem Komandan

Perkhemahan Tahun 6 SK Losong telah diadakan pada 30 September hingga 2 Oktober 2010 bertempat di pekarangan SK Losong Kuala Terengganu. Perkhemahan bermula jam 2.30 petang melibatkan semua murid tahun 6 dengan aktiviti pertama iaitu membina khemah di tapak perkhemahan.

Pelbagai aktiviti diadakan semasa perkhemahan antaranya, kembara ke Bukit Besar, Pertandingan Memasak dan Persembahan Kesenian. Perkhemahan selama 3 hari 2 malam berakhir jam 12.00 tengah hari 2 Oktober 2010.


lagi gambar di facebook Skl K. Trg


Aidilfitri 2010

Doa sebelum majlis bermula.

Persembahan murid tahun 4

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SK Losong telah diadakan pada hari Khamis 30 September 2010. Majlis yang diadakan di Dewan Bestari SK Losong bermula jam 8.45 pagi dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar. Majlis diteruskan dengan persembahan murid-murid yang tampil bergaya dengan baju raya menyanyikan lagu-lagu raya diselangselikan dengan persembahan oleh guru-guru SK Losong. Dalam majlis tersebut juga dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih raya yang dibawa oleh murid-murid. Majlis pada hari tersebut berakhir jam 12.00 tengah hari.

lagi gambar di facebook Skl K. Trg


Sunday, September 12, 2010

Ihya Ramadhan

Khatam Quran

Tilawah Quran

Selamat Hari Raya

Program Ihya Ramadhan Peringkat SK Losong telah diadakan pada hari terakhir persekolahn sebelum cuti hari raya bermula. Program yang bermula jam 9.00 pagi pada 2 September 2010 itu bermula dengan majlis khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Sukri dan melibatkan seramai 50 orang murid.

Program seterusnya yang diadakan adalah pertandingan Hafazan Quran dan Tilawah Al-Quran. Pertandingan Hafaz Quran melibatkan murid tahap 2 manakala Tilawah pula melibatkan murid tahap 1. Acara yang julung kali diadakan itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua murid.

Tuesday, August 31, 2010

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53

Acara menyanyikan lagu Negaraku

Anak-anak merdeka....

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 peringkat SK Losong telah diadakan pada 30 Ogos 2010 di Dewan Bestari SK Losong. Sambutan yang bermula jam 10.00 pagi bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan dan Lagu Sekolah bertempat di Dataran Ilmu, acara kemudiannya berpindah ke Dewan Bestari untuk acara sambutan di dewan.

Acara di dewan bermula dengan ucapan Guru Besar kemudian diikuti dengan persembahan murid. Di antara persembahan menarik yang ditampilkan oleh murid-murid ialah persembahan Pantomin Hari Kebangsaan. Tayangan dokumentari mengenai kemerdekaan juga diadakan disamping tayangan wayang pacak 'Bukit Kepong' sempena mengingati perjuangan kemerdekaan. Majlis sambutan berakhir jam 12.30 tengah hari.

lagi gambar di facebook Skl K. Trg

Sunday, August 22, 2010

Kanak-Kanak Maut, Dua Cedera Parah Rumah Stor Mercun Meletup

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup dalam satu kejadian di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini tengahari Ahad.

Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Taman didikan Kanak-kanak(Tadika) Kampung Losong Atap Zin dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengahari.

Seorang saksi Nor Shafli Azhar, 36, berkata mayat Khairul Arif yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tersangkut di atas pokok berdekatan telah diturunkan oleh orang ramai sebelum membawanya ke hospital.

"Kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun idendititi kedua-dua lelaki berkenaan yang berumur 22 dan 23 tahun masih belum dikenalpasti.

Nor Shafli berkata, ketika kejadian beliau sedang berehat di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang kuat sehingga menggegarkan rumahnya.

Beliau kemudian menjengah ke luar rumahnya dan melihat asap tebal dari arah rumah tinggal terbabit dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat secara dekat kejadian yang berlaku.

"Apabila sampai saya mendapati rumah berkenaan rosak teruk dengan sebahagiandinding rumah tercabut dan berandanya runtuh. Dua orang lelaki turut terbaringdi luar rumah dalam keadaan cedera parah," katanya yang merupakan seorang peniaga.

Beliau berkata salah seorang lelaki terbabit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala seorang lagi lelaki yang berada di bawah serpihan kayu daripada rumah yang meletup itu sempat memberitahunya ada seorang budak yang turut terlibat dalam kejadian itu dan mengarah beliau mencarinya.

"Setelah mencari saya tidak sangka pula akan menjumpai mayat kanak-kanak itu tersangkut di atas pokok dengan kepalanya cedera parah," katanya.

Beliau berkata, dua mangsa yang cedera parah itu kemudian telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan.

Seorang jiran yang tinggal berhampiran 50 meter daripada rumah berkenaan, Hasnah Abdul Jalil, 50, pula berkata kejadian itu mengakibatkan atap rumahnya tercabut dan cermin tingkap dapur rumahnya rosak teruk.

"Mujurlah saya tidak ada di rumah ketika kejadian kerana kebiasaannya saya sedang memasak waktu itu. Ketika itu saya keluar untuk mengambil anak saudara di tadika di kawasan berhampiran," katanya.

Beliau turut mendakwa sering ternampak kereta keluar masuk di kawasan rumah tinggal itu dengan mengangkut barangan, namun tidak mengetahui jenis barangan itu.

Sementara itu, ibu saudara kanak-kanak malang itu Rozita Abdul Rahman, 35, ketika ditemui di rumah ibunya berkata, ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak berkenaan keluar ada urusan di mahkamah.

Manakala, anak saudaranya yang peramah dan cepat mesra itu, sudah beberapa hari tidak ke sekolah (tadika) kerana demam.

"Hari ini entah macam mana dia boleh ikut kawan ayahnya ke tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, ibu Khairul Arif telah menyediakan dua pasang baju raya untuk dipakai oleh kanak-kanak itu pada hari raya nanti.

"Saya juga rasa hairan kerana hari ini Khairul Arif membawa bersama selipar rayanya ke hulu ke hilir untuk ditunjukkan kepada orang yang dijumpainya. Dia juga tidak semena-mena pernah berkata nak pergi jauh," katanya yang terkejut dengan kejadian itu.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Shukri Dahlan yang turut melawat tempat kejadian, mengarahkan satu siasatan terperinci dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kejadian selain jenis bahan letupan dan individu yang terlibat.

"Kita akan meminta bantuan Unit Forensik dan Unit Bom dari Kuala Lumpur untuk membantu menyiasat dalam kes ini," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak bermain dengan mercun menjelang musim perayaan ini untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. - BERNAMA

Sumber: http://mstar.com.my/

Wednesday, August 11, 2010

REST

Bergambar di tepian kolam

Sebelum bermain boling

Cg. Ismail menunjukkan cara membaling bola...

Aktiviti Rehat Emosi Singkirkan Tekanan (REST) 2010 khusus untuk murid UPSR telah diadakan pada hari Isnin, 9 Ogos 2010 bertempat di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Aktiviti yang melibatkan semua murid tahun 6 dan guru tahun 6 itu dimulakan di Masjid Terapung dengan solat hajat dan bacaan yasin dipimpin oleh Ustaz Sukri.

Acara diteruskan lagi dengan aktiviti bermain boling di Terengganu Equestrian Resort (TER). Semua murid dan guru mengambil bahagian dalam acara ini. Pelbagai gelagat dan karenah yang dapat disaksikan sepanjang acara ini berlangsung. Aktiviti pada hari tersebut berakhir pada jam 1.30 tengah hari.

Lagi gambar dalam Facebook Skl K. Trg


Wednesday, August 04, 2010

Solat Hajat UPSR 2010

Sebelum solat hajat

Bacaan Yasin

Aaaaminnnn.....

Amin....

Jemaah wanita....

Majlis Solat Hajat Kecemerlangan UPSR 2010 telah diadakan pada 3/08/2010 bertempat di Dewan Bestari SK Losong. Majlis bermula jam 7.20 malam telah dihadiri oleh ibu bapa dan murid-murid tahun 6 serta ahli jawatankuasa PIBG dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan bacaan yasin serta solat Isyak yang dipimpin oleh imam Masjid Losong Kuala Terengganu. Majlis tersebut juga diselitkan dengan sedikit taklimat mengenai UPSR 2010 dan pencapaian dalam Pra-percubaan dan Percubaan UPSR 2010 oleh Guru Besar SK Losong, Tn. Hj. Ismail Abd. Rahman.
Lagi gambar dalam Facebook Skl K. Trg

Majlis Penyerahan E-Book DUN Bandar

Ibu bapa mengiringi murid menerima e-book.

Terima kasih YB...

Guru Besar & Bekas Guru Besar SK Losong...

Majlis Penyerahan E-Book bagi DUN Bandar telah diadakan pada 3 Ogos 2010 bertempat di Dewan SJK(C) Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu. Sebanyak 6 buah sekolah rendah di DUN Bandar telah terlibat dengan majlis tersebut termasuk SK Losong. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Encik Toh Chin Yaw yang merupakan ADUN Bandar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri.

Seramai 68 orang murid SK Losong yang diiringi oleh ibu bapa masing-masing telah terlibat dalam majlis tersebut yang bermula jam 8.30 pagi. Beberapa orang murid yang ditemui melahirkan rasa gembira menerima e-book tersebut dan berjanji akan menggunakannya sebaik mungkin.

Monday, August 02, 2010

Solat Hajat UPSR 2010

Tarikh: 3 Ogos 2010
Hari: Selasa
Masa: 7.00 malam
Tempat: Dewan Bestari SK Losong

Monday, June 28, 2010

Pencapaian '5A' Terbaik KTS OTI2


SK Losong telah mendapat Anugerah Pencapaian 5A Terbaik Daerah Kuala Terengganu Selatan dalam OTI 2 yang telah diadakan baru-baru ini. Seramai 7 orang calon UPSR SK Losong telah mendapat 5A dengan peratus pencapaian 10.77%.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Terengganu, Tn. Hj. Ariffin Embong kepada Guru Penolong Kanan I SK Losong, En. Ismail Abdullah mewakili Guru Besar SK Losong. Majlis penyampaian anugerah tersebut telah berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang pada 24 Jun 2010.

Tahniah kepada semua guru SK Losong.....

Sunday, May 30, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21

Ibu bapa yang hadir

Mesyuarat Agung PIBG SK Losong telah diadakan pada hari Sabtu 22 Mei 2010 di Dewan Bestari. Mesyuarat yang bermula jam 8.30 pagi dihadiri oleh ibu bapa murid telah dirasmikan oleh Ybhg Dato’ Wan Ahmad Farid bin Dato’ Wan Salleh ( Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu ).


AJK PIBG


Dalam mesyuarat kali ini jawatankuasa yang lama masih lagi dikekalkan dan ditambah dengan Ahli Jawatankuasa yang baru iaitu Encik Mohd Hilmi Mohd Noor, Encik Mohd Jamean Ibrahim dan Engku Ariff Raja Ali. Manakala, Pemeriksaan Kira-kira 1 ialah Encik Abdul Rashid Yusof.


Ketibaan Dato' Wan Farid


Dalam majlis tersebut juga pihak sekolah telah menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada salah seorang bapa murid iaitu En. Azlan Khairun b Osman yang telah menyumbangkan 150 naskhah Al-Quran kepada SK Losong. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 berakhir dengan acara cabutan bertuah. Sebanyak 40 hadiah telah disediakan oleh pihak penganjur. Tahniah kepada AJK yang baru dilantik, semoga semua ajk PIBG dapat berganding bahu bersama dalam memastikan kecemerlangan anak-anak didik SK Losong. Lagi gambar dalam Facebook Skl K. Trg


Cenderamata kepada En. Azlan Khairun...

Thursday, May 20, 2010

Perkhemahan Mini Pengakap

Perkhemahan Mini Pengakap telah diadakan di perkarangan SK Losong pada 20 hingga 21 Mei 2010. Perkhemahan selama 2 hari 1 malam itu diadakan khusus untuk murid tahun 4 dan 5 bagi mendapatkan Lencana Gangsa dan Perak disertai oleh 22 orang murid dan dipimpin oleh Cikgu Faiz serta beberapa orang guru.
Baris sedia.....
Begini caranya...
Kena lawanlah pula...
lagi gambar dalam Facebook Skl K. Trg

Kuntum

Selamat Datang Ke SK Losong.....

Majalah Kuntum telah mengadakan lawatan ke SK Losong pada 17 Mei 2010 sempena program Kempen Galakan Membaca kelolaan majalah tersebut. Lawatan tersebut merupakan lawatan kali ke-2 ke SK Losong setelah lawatan pertama pada tahun 2007. Rombongan Kuntum tiba jam 10.30 pagi diketuai oleh En. Rofit Miah selaku pengurus pengedaran Kuntum bersama 6 orang krew majalah Kuntum.

Hai.....

Nama saya Si Comel

Lawatan yang bertujuan untuk memperkenalkan majalah Kuntum kepada murid sekolah telah disambut meriah oleh murid-murid SK Losong lebih-lebih lagi lawatan tersebut turut diiringi oleh maskot Kuntum iaitu Si Comel. Murid-murid tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan bersalaman dengan Si Comel.

lagi gambar di Facebook Skl K. Trg

Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari Guru 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat SK Losong telah diadakan pada 16 Mei 2010 bertemakan 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Acara sambutan telah diadakan di Dewan Bestari SK Losong dengan bacaan perutusan selamat hari guru daripada Ketua Pengarah Pelajaran dan juga perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. Lafaz Ikrar Hari Guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu tema "Guru Pembina Negara Bangsa" juga diadakan dalam majlis tersebut.

Acara Dewan

Ikrar Hari Guru

Panas....

Majlis yang dihadiri oleh semua guru SK Losong turut dihadiri oleh NYDP PIBG SK Losong mewakili YDP PIBG. Turut dijemput dalam majlis sambutan tersebut ialah guru-guru kelas agama petang.

'Lari Kaki Tiga'

'Basikal Lambat'

Setelah berakhir acara di Dewan Bestari, majlis diteruskan dengan acara padang yang menyaksikan semua guru mengambil bahagian dalam acara sukaneka. Di antara acara yang dipertandingkan ialah Lari Kaki Tiga, Basikal Lambat, Bowling Nyior dan beberapa acara lagi.

'Bowling Nyior'

Majlis sambutan pada hari tersebut diteruskan dengan acara persembahan guru-guru dan murid di Dewan Bestari dan acara berakhir dengan majlis penyampaian hadiah pada jam 12.30 tengah hari.

Lagi Gambar di Facebook Skl K. Trg

Wednesday, May 12, 2010

Karnival Sukan & Permainan

Karnival Sukan Dan Permainan SK Losong telah diadakan di bermula 2 Mei dan berakhir pada 11 Mei 2010. Semua perlawanan diadakan di SK Losong bermula jam 2.30 petang. Acara yang dipertandingkan ialah bola sepak bagi murid lelaki tahun 3 hingga 6 dan bola baling bagi murid perempuan tahun 3 hingga tahun 6. Bagi murid-murid tahun 1 & 2 pula telah diadakan acara sukaneka pada 11 Mei 2010 bertempat di Dewan Bestari SK Losong. Acara penyampaian hadiah kepada pasukan yang berjaya akan diadakan pada 16 Mei bersempena dengan sambutan Hari Guru.

Bola baling...

Jagaaa.....

Takkan tak masuk kot...

Futsal

Sukaneka...

Jual...jual...

Cepattttt......