Sunday, February 07, 2016

MERENTAS DESA DAN SUKANEKA SK LOSONG 2016 PART 3

Tarikh : 04 Februari 2016
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Bermula di Dewan Futsal TTI KUALA TERENGGANU , keliling dalam TAMAN TAMADUN ISLAM dan Berakhir di Dewan Futsal TTI KUALA TERENGGANU.

AKTIVITI 3 : MERENTAS DESA TAHAP 2

Selesai acara sukaneka, semua warga SK Losong berehat seketika. TERIMA KASIH BUAT PUAN HIKMAH DAN PUAN NORADILAH menyediakan sedikit sarapan pagi buat kami. Untuk pelajar, sedikit sumbangan daripada pihak TTI dan terdapat juga ibu bapa yang menyumbang makanan.TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN.


Akhirnya, cuaca bertambah baik dan hujan telah behenti. Keadaan cuaca yang agak mendung namun begitu acara merentas desa akhirnya dapat di jalankan. ALHAMDULILLAH. Permulaan di Dewan Futsal TT1, mengelilingi TAMAN TAMADUN ISLAM dan berakhir semula di Dewan Futsal TTI. Acara ini turut disertai oleh PUAN GURU BESAR, PUAN NORHAZLEN, PUAN SITI NORBAYA dan juga USTAZ MOHD SHUKRI. Dengan penyertaan mereka bertiga ini telah menambah semangat para pelajar di dalam acara ini.


Para pelajar TAHAP 2 diberi taklimat oleh penyelaras 1M1S Encik Musatafa Nor di tapak permulaan. Ini bagi mengelakkan sebarang kesilapan ketika acara merentas desa seperti kesilapan trek, tertinggal check point dan lorong tempat penamat.



Lorong-lorong dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu lorong darjah 4, darjah 5 dan darjah 6.


Kelihatan Puan Guru Besar turut serta dalam acara merentas desa ini.



Berjalan menuju ke tempat permulaan



Pelepasan peserta perempuan Tahap 2




Pelepasan peserta lelaki Tahap 2.


Antara kenangan dan aksi yang sempat dirakam trek merentas desa di dalam Taman Tamadun Islam (TTI).



Ustaz Sukri yang menyahut cabaran Puan Guru Besar untuk turut serta di dalam acara merentas desa.


Puan Siti Norbaya yang turut bersemangat berlari.



Puan Guru Besar yang tidak ketinggalan di dalam acara merentas  desa.


Pelajar SK Losong yang bersemangat berlari di dalam acara ini.



Akhirnya sampai jua peserta merentas desa di garisan penamat dan mengikut lorong-lorong yang telah ditetapkan. TAHNIAH KERANA BERJAYA MENGHABISKAN ACARA MERENTAS DESA.


















No comments: