Tuesday, April 28, 2009

Kem Kecemerlangan UPSR 2009

Tumpukan perhatian kepada penceramah...

Bacaan Yaasin selepas solat Maghrib

Kelas diteruskan pada sebelah malam

Suasana kelas waktu malam

Kem Kecemerlangan UPSR 2009 telah diadakan pada 23 dan 24 April 2009 di Angullia Beach House Resort, Marang Terengganu. Kem yang bermula jam 10.00 pagi telah dirasmikan oleh En. Mohd bin Ngah dari JPNT. Kem yang menjurus kepada kemahiran menjawab soalan peperiksaaan UPSR telah disertai oleh semua murid tahun 6. Murid yang terlibat diberi pendedahan menjawab soalan peperiksaan semua subjek UPSR yang berakhir pada hari Jumaat. Beberapa orang pemudahcara dari sekolah di sekitar daerah Kuala Terengganu telah dijemput untuk melicinkan perjalanan majlis tersebut.

Sunday, April 19, 2009

Akujanji UPSR 2009

Lafaz ikrar akujanji

Menandatangani ikrar akujanji

Semua murid menandatangani akujanji

Satu majlis akujanji oleh murid-murid tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR 2009 telah diadakan baru-baru ini. Majlis melafazkan ikrar akujanji yang telah diadakan di Dewan Bestari SK Losong itu telah diketui oleh Ketua Murid, adik Nor Amira Zahir Rudin di hadapan Guru Besar dan guru-guru SK Losong. Selepas majlis melafazkan ikrar akujanji, murid-murid menurunkan tandatangan di atas kain rentang yang disediakan.

Mesyuarat Agung PIBG

Kain rentang Mesyuarat Agung

Antara ibu bapa yang hadir

Tetamu kehormat

Ucapan Perasmian Oleh Dato' Wan Farid

Cabutan Bertuah turut diadakan

Mesyuarat Agung PIBG SK Losong kali ke-20 telah diadakan pada hari Sabtu, 11 April 2009. Mesyuarat yang bermula jam 2.30 petang di Dewan Bestari SK Losong, telah dirasmikan oleh Dato' Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu.