Sunday, January 17, 2016

SUMBANGAN KERUSI RODA

Tarikh : 17 Januari 2016
Masa : 7.45 pagi - 8.30 pagi
Tempat : Dewan Bestari SK Losong

Seperti biasa, hari Ahad akan di adakan perhimpunan mingguan. Semua murid dan guru -guru SK Losong terlibat. Antara intipati ucapan PK1, Encik Mohd Fitri bin Ngah  ialah  budaya sekolah (parking lot dan kad traffic light), TOV, kepentignan budaya membaca, penggunaan jadual waktu belajar, kerja tidak bertangguh, , kepentingan makanan berkhasiat untuk pekembangan minda dan fizikal, fadhilat solat kepada pelajar dan doa tidak diterima kerana kesilapan tajwid.




Di pertengahan perhimpunan, terdapat majlis sumbangan kerusi roda kepada adik NorSyafika Nasir yang disumbangkan oleh Ketua Umno Bahagian Kuala terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi yang disampaikan oleh Puan Guru Besar kepada ayah adik Nor Syafika, Encik Nasir. Beliau amat berterima kasih di atas sumbangan tersebut yang akan dapat membantu anaknya di dalam pembelajaran di sekolah ini.               


Kelihatan Puan Guru Besar sendiri yang memasangkan kerusi roda sambil di bantu oleh PK1.





Puan Guru Besar dan PK1 bergambar bersama adik NorSyafika bersama ayahnya Encik Nasir.




Adik Nor Syafika bersama Puan Roslezah (guru pendidikan khas) antara guru yang akan turut membantunya di dalam pembelajaran (PdP).


No comments: