Thursday, January 28, 2016

GOTONG-ROYONG PERDANA PENCEGAHAN AEDES.

Tarikh : 28 Januari 2016
Masa : 7.30 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Bestari dan Sekitar Sekolah Kebangsaan Losong
Sasaran : Pentadbir Sekolah, Guru-Guru, Pekerja Swasta, dan Murid-murid tahap 2.

Satu program mencegah aedes telah dilancarkan pada pagi ini oleh Puan Guru Besar, Puan Norhazlen Binti Abdullah di SK Losong. Ini adalah menyahut seruan kerajaan negeri bagi membasmi pembiakan nyamuk aedes terutamanya di kawasan sekolah. Selain itu juga, ianya bertujuan bagi mengelakkan kejadian atau kes demam denggi di kalangan warga SK Losong.

Program ini dimulakan dengan bacaan surah Yaasin secara beramai-ramai yang di pimpim oleh Ustaz Mohd Sukri Bin Abdullah. Selepas itu, pelajar tahun 6 akan ke surau SK Loson untuk menunaikan Solat Dhuha. Kemudian satu taklimat tentang gotong-royong telah diberikan. Murid-murid tahap 1 akan ke kelas untuk PdP seperti biasa. Murid-murid Tahap 2 yang akan terlibat dengan gotong-royong tersebut.
























No comments: