Tuesday, January 12, 2016

MESYUARAT KOKURIKULUM KALI 1

Tarikh : 12 Januari 2016
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Losong
Kehadiran : Pihak Pentadbir dan semua guru .

Satu mesyuarat JK Kokurikulum 2016 kali pertama telah di adakan pada hari ini yang dihadiri oleh semua guru dan pihak Pentadbir SK Losong 2016. Mesyuarat di mulakan dengan ucapan daripada Puan guru Besar , Puan Norhazlen bt Abdullah. Beliau telah menerangkan serba sedikit mengenai kokurikulum serta pesanan tentang keadaan cuaca panas yang melanda negara kita ini supaya berpesan kepada murid-murid sekolah ini supaya sentiasa minum air masak. Mesyuarat di teruskan dengan ucapan daripada PK Kokurikulum , Encik Anua Bin Ahmad Rosdi. Beliau telah menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan, tugas-tugas penyelaras serta serba sedikit perancangan aktiviti Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan dan Sukan dan Permainan. Di samping itu juga, mesyuarat ini di teruskan dengan perancangan untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada hari Khamis ini dan juga hal-hal lain.







PK Kokurikulum menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan di jalankan untuk tahun 2016 ini.


Penerangan oleh Ustaz mengenai jalan yang akan digunakan untuk majlis pearakkan Maulidur Rasul 


No comments: