Friday, April 18, 2014
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK LOSONG 2014
17-19 april 2014, perkgemahan unit beruniform diadakan di sekolah ini. Seramai 103 orang peserta terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 telah menyertainya. Pelbagai aktiviti menarik diadakan. Antaranya sukaneka, kemahiran memadak,celupan batik, kawat kaki, mendirikan khemah, bantu mula, ikatan dan simpylan, ceramah agama , malam kebudayaan dan tazkirah. Program ini telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar. Kem Komanden ialah Cg. Ruzlan Muda, manakala Penolong Kem Komanden pula adalah Cg Marhamah. Quater Master terdiri daripafa Cg. Haji Mohd Sukri dan Cg Abdul Halim. Unit Unifo terlibat adalah Pengakap, TKRS, PPIM dan Pandu Puteri Tunas. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Anda semua adalah insan hebat.
Tuesday, April 08, 2014
Kem UPSR bersama APMT
06-08.4.2014, Marang Village & SPA, Kelulut. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada Tuan Pengarah APMT kerana membiayai sepenuhnya program ke arah kecemerlangan UPSR sekolah kami. Peserta adalah terdiri daripada 49 calon UPSR. Pelbagai aktiviti telah diadakan. Kami juga telab mendengar ceramah yang disampaikan oleh Penggerak BTN Trg, YM Tengku Saifudin bin Engku Jalal. Selain itu, aktiviti riadah dan kuliah maghrib dan subuh juga diadakan. Perkongsian ilmu dan teknik menjawab soalan UPSR telah dikendalikan oleh guru-guru AKRAM Trg. Mereka adalah Tn Hj. Mohd Zubir (BM - SK Gong Balai), Pn. Faridah Thean (BI - SK Pusat Bukit Besar), Pn. Dahlia bt Embong (M3- Pegawai SISC PPDKT) dan En. Zakaria (Sn - SKTAI). Terima kasih kepada semua. Doakan kejayaan menjadi milik kami.













MESYUARAT PIBG 2014
Monday, April 07, 2014
PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE 2014
Sunday, March 09, 2014
PROGRAM PEMUAFAKATAN IBUBAPA CALON UPSR 2014











27 Februari 2014, Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama PSS serta semua guru tahun 6 telah mengadakan program pemuafakatan ibubapa calon UPSR 2014. Program ini bertujuan melibatkan para ibubapa calon dalam meningkatkan pencapaian anak-anak mereka. Pengisian program adalah ceramah keibubapaan oleh Kaunselor SK Pusat Chabang Tiga, K.Terengganu, En. Zainuddin bin Muda. Selain itu juga diadakan juga majlis temu murni antara ibubapa dan guru kelas anak-anak mereka. Akujanji oleh calon juga telah diadakan , di mana calon diiringi oleh ibubapa mereka menandatanganiakujanji tersebut. Program ini berlangsung seawal jam 9.30 pagi dan berakgir jam 1.30 petang. Bertempatdi PSS. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. tanpa kerjasama dan pemuafakatan semua pihak,tidak akan lahir kejayaan yang diharapkan.
Monday, February 10, 2014
KEM KEPIMPINAN PERINGKAT SEKOLAH 2014
28.1.2014 brtempat di Ibu Pejabat JPAM Cawangan Terengganu telah menyaksikan seramai 70 peserta bersama 4 guru pengiring daripada sekolah ini mengikuti Kursus Kepimpinan Pengawas, Pustakawan, Ketua dan Penolong Kelas serta Jawatan Kanan Unit Kokurikulum sekolah. Program ini mendapat kerjasama sepwnuhnya dari JPAM Daerah K. Terengganu di bawah kendalian Tuan Zabri. Terima kasih tidak terhingga di atas kerjasama tuan dan staff tuan. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan dalam bentuk LDK, teori dan amali juga ceramah. Program ini berlangsung bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang. 











Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber 2014







19.1.2014 - Penyampaian Watikah Pelantikan kepada 27 orang Pengawas Sekolah dan 21 orang Pengawas Pusat Sumber telah disempurnakan oleh Ybhg. Sarjan Harun daripada Balai Polis Chabang Tiga. Sebelum itu Tn. Sarjan telah menyampaikan ceramah berkaitan isu semasa dan peranan serta tanggungjawab yang diamanahkan. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















