Tuesday, April 08, 2014

Kem UPSR bersama APMT

06-08.4.2014, Marang Village & SPA, Kelulut. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada Tuan Pengarah APMT kerana membiayai sepenuhnya program ke arah kecemerlangan UPSR sekolah kami. Peserta adalah terdiri daripada 49 calon UPSR. Pelbagai aktiviti telah diadakan. Kami juga telab mendengar ceramah yang disampaikan oleh Penggerak BTN Trg, YM Tengku Saifudin bin Engku Jalal. Selain itu, aktiviti riadah dan kuliah maghrib dan subuh juga diadakan. Perkongsian ilmu dan teknik menjawab soalan UPSR telah dikendalikan oleh guru-guru AKRAM Trg. Mereka adalah Tn Hj. Mohd Zubir (BM - SK Gong Balai), Pn. Faridah Thean (BI - SK Pusat Bukit Besar), Pn. Dahlia bt Embong (M3- Pegawai SISC PPDKT) dan En. Zakaria (Sn - SKTAI). Terima kasih kepada semua. Doakan kejayaan menjadi milik kami.

No comments: