Friday, April 18, 2014

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK LOSONG 2014

17-19 april 2014, perkgemahan unit beruniform diadakan di sekolah ini. Seramai 103 orang peserta terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 telah menyertainya. Pelbagai aktiviti menarik diadakan. Antaranya sukaneka, kemahiran memadak,celupan batik, kawat kaki, mendirikan khemah, bantu mula, ikatan dan simpylan, ceramah agama , malam kebudayaan dan tazkirah. Program ini telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar. Kem Komanden ialah Cg. Ruzlan Muda, manakala Penolong Kem Komanden pula adalah Cg Marhamah. Quater Master terdiri daripafa Cg. Haji Mohd Sukri dan Cg Abdul Halim. Unit Unifo terlibat adalah Pengakap, TKRS, PPIM dan Pandu Puteri Tunas. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Anda semua adalah insan hebat.

1 comment:

Unknown said...

rindunye dkt sk losong