Wednesday, August 04, 2010
Solat Hajat UPSR 2010
Majlis Penyerahan E-Book DUN Bandar
Seramai 68 orang murid SK Losong yang diiringi oleh ibu bapa masing-masing telah terlibat dalam majlis tersebut yang bermula jam 8.30 pagi. Beberapa orang murid yang ditemui melahirkan rasa gembira menerima e-book tersebut dan berjanji akan menggunakannya sebaik mungkin.
Monday, August 02, 2010
Solat Hajat UPSR 2010
Hari: Selasa
Masa: 7.00 malam
Tempat: Dewan Bestari SK Losong
Monday, June 28, 2010
Pencapaian '5A' Terbaik KTS OTI2

SK Losong telah mendapat Anugerah Pencapaian 5A Terbaik Daerah Kuala Terengganu Selatan dalam OTI 2 yang telah diadakan baru-baru ini. Seramai 7 orang calon UPSR SK Losong telah mendapat 5A dengan peratus pencapaian 10.77%.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Terengganu, Tn. Hj. Ariffin Embong kepada Guru Penolong Kanan I SK Losong, En. Ismail Abdullah mewakili Guru Besar SK Losong. Majlis penyampaian anugerah tersebut telah berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang pada 24 Jun 2010.
Tahniah kepada semua guru SK Losong.....
Sunday, May 30, 2010
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21
Mesyuarat Agung PIBG SK Losong telah diadakan pada hari Sabtu 22 Mei 2010 di Dewan Bestari. Mesyuarat yang bermula jam 8.30 pagi dihadiri oleh ibu bapa murid telah dirasmikan oleh Ybhg Dato’ Wan Ahmad Farid bin Dato’ Wan Salleh ( Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu ).
AJK PIBG
Dalam mesyuarat kali ini jawatankuasa yang lama masih lagi dikekalkan dan ditambah dengan Ahli Jawatankuasa yang baru iaitu Encik Mohd Hilmi Mohd Noor, Encik Mohd Jamean Ibrahim dan Engku Ariff Raja Ali. Manakala, Pemeriksaan Kira-kira 1 ialah Encik Abdul Rashid Yusof.
Ketibaan Dato' Wan Farid
Dalam majlis tersebut juga pihak sekolah telah menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada salah seorang bapa murid iaitu En. Azlan Khairun b Osman yang telah menyumbangkan 150 naskhah Al-Quran kepada SK Losong. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 berakhir dengan acara cabutan bertuah. Sebanyak 40 hadiah telah disediakan oleh pihak penganjur. Tahniah kepada AJK yang baru dilantik, semoga semua ajk PIBG dapat berganding bahu bersama dalam memastikan kecemerlangan anak-anak didik SK Losong. Lagi gambar dalam Facebook Skl K. Trg
Cenderamata kepada En. Azlan Khairun...
Thursday, May 20, 2010
Perkhemahan Mini Pengakap
Kuntum
Hai.....Lawatan yang bertujuan untuk memperkenalkan majalah Kuntum kepada murid sekolah telah disambut meriah oleh murid-murid SK Losong lebih-lebih lagi lawatan tersebut turut diiringi oleh maskot Kuntum iaitu Si Comel. Murid-murid tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan bersalaman dengan Si Comel.
Monday, May 17, 2010
Sambutan Hari Guru 2010
Saturday, May 15, 2010
Wednesday, May 12, 2010
Karnival Sukan & Permainan
Wednesday, April 21, 2010
Lawatan Sambil Belajar Ke Penang
Lawatan ketiga diteruskan ke Rumah Kelahiran P. Ramlee di Jalan P. Ramlee berhampiran Stadium Bandaraya. Ia merupakan rumah kayu yang baru dibina semula bagi memperingati P. Ramlee iaitu penghibur terkemuka di Malaysia suatu masa dahulu. Ia asalnya dibina oleh bapa dan bapa saudara beliau pada tahun 1926.
Hari Kedua (22.04.2010)
Ke Pasar Chowrasta untuk membeli jeruk terutamanya buah pala yang sememangnya popular di Pulau

Muzium Pulau Pinang
Fort Cornwallis
Pada sebelah petang kami ke
Hari Ketiga (23.04.2010)
Di atas feri
Perjalanan berliku merentasi Banjaran Titiwangsa melalui Lebuh Raya Timur Barat dan tiba di SK Losong jam 10.40 malam mengakhiri lawatan kami selama 4 hari 3 malam.






































