Sunday, April 11, 2010

Kelas Kondusif Mac 2010

Pertandingan Kelas Kondusif 2010 bermula pada bulan Mac dengan Tahun 1A muncul juara tahap 1 manakala Tahun 5A muncul juara bagi tahap 2. Berikut adalah gambar-gambar kelas mereka;

Tahun 5 Amanah



Tahun 1 Amanah

Thursday, April 08, 2010

Jeruk

Tengok saya buat ni...

Potong bawang ke potong pelam ni cikgu?

Potong camni haaa....


Rabu, 7 April, aktiviti Panitia Sains iaitu Projek Penjerukan Buah Mangga telah diadakan di Dewan Bestari SK Losong yang melibatkan semua murid Tahun 6. Projek yang dilakukan di bawah pemantauan 2 orang guru Panitia Sains iaitu Pn. Aniza Ibrahim dan Cik Noraiza Ibrahim.

Projek berkenaan merupakan sebahagian daripada sukatan mata pelajaran Sains Tahun 6 dan turut melibatkan Penilaian Kemahiran Sains (PEKA) juga merupakan aktiviti tahunan Panitia Sains. Aktiviti ini menerapkan pelbagai kemahiran seperti Kemahiran Proses Sains (KPS) dan Kemahiran Manipulatif Sains (KMS). Diharapkan projek ini akan memberi manfaat kepada semua pelajar tahun 6.

Wednesday, April 07, 2010

Kejohanan Ping Pong MSSD KTS


SK Losong telah menyertai Kejohanan Ping Pong MSSD KTS 2010 yang berlangsung selama 3 hari pada 4 - 6 April 2010. SK Losong menghantar 4 orang pemain pada kejohanan yang berlangsung di SKSS II Kuala Terengganu itu. Seorang pemain SK Losong, Ridhuan Muslim telah berjaya melangkah kaki sehingga ke peringkat suku akhir kejohanan yang berlangsung pada hari ketiga kejohanan namun tewas kepada pemain dari SJKC Chung Hwa Wei Sin.

Tahniah kepada Ridhuan Muslim kerana telah membawa SK Losong sehingga ke peringkat suku akhir...

Sunday, April 04, 2010

Jamuan Perpisahan

Tinggal Kenangan....

Satu majlis jamuan perpisahan telah diadakan di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu. Majlis tersebut diadakan sempena pertukaran bekas Guru Besar SK Losong, Pn. Norlela bt Yusoff yang bertukar ke SK Seri Nilam Kuala Terengganu diadakan jam 3.00 petang yang disertai oleh semua guru dan kaki tangan SK Losong. Majlis anjuran Kelab Guru SKL itu turut disertai oleh YDP pibg serta beberapa orang ajk PIBG SK Losong.

Dalam ucapan YDP pada majlis tersebut, beliau mengucapkan terima kasih kepada Pn. Norlela yang telah banyak membawa perubahan kepada SK Losong sama ada perubahan fizikal sekolah dan juga perubahan dalam pencapaian akademik murid-murid. Beliau juga mengucapkan syabas kepada Pn. Norlela kerana pada tahun terakhirnya bersama SK Losong, pencapaian UPSR sekolah telah mencipta satu rekod baru apabila 16 orang murid mendapat 5A.

Sementara itu, Pn. Norlela dalam ucapan perpisahan mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staf kerana dengan sokongan semua, SK Losong mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Beliau menyifatkan perkhidmatannya selama 5 tahun di SK Losong sebagai 5 tahun yang amat bermakna dan beliau terasa amat berat untuk meninggalkan SK Losong. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada PIBG yang sentiasa memberikan kerjasama yang erat dalam melaksanakan setiap program yang dirancangkan oleh pihak sekolah.

Buat Pn. Norlela...... sayonara.....


Monday, March 29, 2010

Kejohanan Bola Jaring MSSMKTS




Kejohanan Bola Jaring peringkat MSSMKTS telah diadakan pada 28 Mac 2010 bertempat di SMK Chendering Kuala Terengganu. Kejohanan pada peringkat kumpulan itu bermula pada jam 3.00 petang dalam suasana hujan renyai. SK Losong telah diletakkan dalam satu kumpulan dengan SK Paya Bunga, SK Duyong dan SK Gong kapas.

SK Losong telah mencipta kenangan manis dalam kejohanan tersebut dengan memenangi ketiga-tiga perlawanan pada petang itu dan muncul sebagai juara pada peringkat kumpulan. Berikut adalah keputusan perlawanan tersebut;

SK Losong 5 - SK Paya Bunga 1
SK Losong 3 - SK Duyong 0
SK Losong 7 - SK Gong Kapas 0

Perlawanan pusingan seterusnya akan diadakan pada hari Selasa.

Sunday, March 28, 2010

KEM KECEMERLANGAN UPSR ( KEMERCU )

Santai di tepian pantai

Riadah petang...

Acara tetap setiap tahun...

Acara masakan dimonopoli oleh guru lelaki

Acara makan....

En. Yan Kong Lee sedang menyampaikan ceramah

Ceramah oleh En. Md. Zubir Abu Bakar

Kem Kecemerlangan UPSR (KEMERCU) merupakan program tahunan Unit Bimbingan yang telah dirancang. Program telah diadakan di Angullia Beach House Resort, Marang selama 2 hari 1 malam pada 25 – 26 Mac 2010 yang lalu. Dalam program ini para pelajar didedahkan dengan ceramah teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan bagi semua subjek UPSR.

Para fasilitator terdiri daripada Encik Mohd Zubir Abu Bakar (BM), dari SK Pengkalan Berangan, Marang. Encik Yan Kong Lee (BI), SK Sultan Sulaiman 1, Encik Alias Abdullah (M3), SK Padang Midin, Encik Mohd Fazli Othman (SN), SK Rhu Rendang dan Motivasi oleh Puan Norlela Yusoff, Guru Besar SK Seri Nilam.

Program yang dilaksanakan ini berjalan dengan lancar dan baik tanpa berlakunya kejadian yang tidak diingini. Program yang menelan kos berjumlah RM4364.00 telah mendapat kerjasama dari semua guru dan kakitangan serta PIBG SK Losong. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Monday, March 22, 2010

Perlawanan Persahabatan

Jaga-jaga...

Kedua-dua pasukan menunjukkan kesungguhan...

Tengok lawan tu...

Bersalaman selepas tamat perlawanan

SK Losong telah mengadakan perlawanan persahabatan bola jaring dengan SK Bukit Losong pada 22 Mac 2010. Perlawanan yang bermula jam 5.00 petang diadakan sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan bola jaring peringkat PPD Kuala Terengganu yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Perlawanan tersebut yang melibatkan pasukan utama sekolah masing-masing telah diadakan di Padang SK Bukit Losong. Perlawanan berakhir dengan kesudahan SK Losong kalah tipis kepada SK Bukit Losong 7-8.

Tuesday, March 02, 2010

Maulidur Rasul

Selawat beramai-ramai...


Guru-guru wanita turut berselawat

Murid-murid turut berselawat

Ceramah oleh Ust. Sukri

Asyiknya mewarna...

Peraduan mewarna

Mewarna gaya bebas

Satu Majlis Maulidur Rasul telah diadakan di SK Losong pada 2 Mac 2010 bertempat di Dewan Bestari SK Losong. Majlis yang bermula jam 10.00 pagi dimulakan dengan Selawat yang dipimpin oleh guru-guru SK Losong. Majlis kemudian diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ust. Hj. Mohd Sukri Abdullah. Program pada hari tersebut diakhiri dengan peraduan mewarna yang disertai oleh semua murid.

Wednesday, February 24, 2010

Latihan Pengosongan Bangunan

Berkumpul di tempat selamat

Taklimat mengenai langkah keselamatan

Tengok betul-betul...

Adik Ridhwan cuba memadamkan api...

Adik Wan Nur Aisyah mencuba...

Cikgu Zaimah menunjukkan kebolehannya...

Cikgu Zaharah dengan aksi tersendiri...


Satu Latihan Pengosongan Bangunan dan Demonstrasi Memadam Kebakaran telah diadakan di SK Losong pada 23 Februari 2010. Aktiviti yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Bomba & Penyelamat Daerah Kuala Terengganu bermula jam 10.00 pagi di perkarangan SK Losong.


Latihan Pengosongan Bangunan bermula dengan loceng amaran dibunyikan dan semua murid diarahkan berkumpul di Dataran SK Losong. Sesi latihan yang dikendalikan oleh Penolong Penguasa Bomba, Rani bin Harun mendapat kerjasama daripada semua guru dan murid SK Losong.


Aktiviti diteruskan dengan demonstrasi memadam kebakaran. Guru-guru dan murid diberi tunjuk ajar mengenai cara pengendalian alat memadam kebakaran Beberapa orang murid dan guru kemudian mencuba menggunakan alatan tersebut untuk memadam kebakaran.

Sunday, February 21, 2010

Selamat Datang

SK Losong, 21 Februari, Pihak SK Losong mengucapkan selamat datang kepada Guru Besar baru SK Losong, Tn. Haji Ismail bin Abd. Rahman. Sebelum ke SK Losong, Tn. Hj. Ismail merupakan guru besar di SK Felda Cherul, Kemaman.

Pihak sekolah juga mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Hamzah b Awang yang bertukar dari SK Paloh ke SK Losong pada tarikh yang sama. Selamat datang...

Thursday, February 18, 2010

Salam Terakhir

Amanat terakhir...

Cenderamata tanda kenangan

Selamat berpisah...

Jangan lupa kami di sini...

Tambah tisu... sedih ni...

Wajah-wajah sayu

SK LOSONG 18 Februari, satu majlis perpisahan Guru Besar SK Losong, Pn. Norlela bt Yusoff telah diadakan di Dewan Bestari pada jam 12.00 tengah hari. Pn. Norlela akan meneruskan tugas yang sama di sekolah baru iaitu SK Seri Nilam, Kuala Terengganu. Majlis tersebut diselubungi suasana sedih dan pilu untuk melepaskan guru besar yang berkhidmat selama 5 tahun di SK Losong. Sebelum ke SK Losong, Pn. Norlela pernah berkhidmat di SK Pasir Panjang Kuala Terengganu dan SK Penarik, Setiu.

Majlis dimulakan dengan penyampaian amanat terakhir daripada Guru Besar kepada semua guru dan murid-murid SK Losong. Dalam ucapan tersebut, beliau berharap SK Losong akan terus mencapai kejayaan yang gemilang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Beliau juga berbangga kerana SK Losong mencapai kedudukan terbaik dalam UPSR pada tahun 2009.

Majlis diakhiri dengan acara penyampaian cenderamata dari setiap kelas dan semua murid dan guru mengambil kesempatan terakhir untuk bersalaman dengan beliau. Salam perpisahan...



Saturday, February 06, 2010

Kem Kepimpinan Pengawas 2010

Tekun mendengar ceramah...

Ceramah dari PDRM.

Ceramah dari AADK.

Guru-guru menyediakan makan untuk peserta...

Ketua Tukang Masak.

Makan tengah hari di Bengkel KH.

Kem Kepimpinan Pengawas telah diadakan pada 5 - 6 Februari 2010 bertempat di Bilik Audio Visual SK Losong. Kursus yang melibatkan semua Pengawas Sekolah dari tahun 3 hingga 6 dianjurkan bersama oleh Badan Disiplin dan Unit Bimbingan SK Losong telah menjemput beberapa orang penceramah dari luar seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pihak PDRM diwakili oleh anggota dari Balai Polis Chabang Tiga Kuala Terengganu.