Sunday, April 04, 2010

Jamuan Perpisahan

Tinggal Kenangan....

Satu majlis jamuan perpisahan telah diadakan di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu. Majlis tersebut diadakan sempena pertukaran bekas Guru Besar SK Losong, Pn. Norlela bt Yusoff yang bertukar ke SK Seri Nilam Kuala Terengganu diadakan jam 3.00 petang yang disertai oleh semua guru dan kaki tangan SK Losong. Majlis anjuran Kelab Guru SKL itu turut disertai oleh YDP pibg serta beberapa orang ajk PIBG SK Losong.

Dalam ucapan YDP pada majlis tersebut, beliau mengucapkan terima kasih kepada Pn. Norlela yang telah banyak membawa perubahan kepada SK Losong sama ada perubahan fizikal sekolah dan juga perubahan dalam pencapaian akademik murid-murid. Beliau juga mengucapkan syabas kepada Pn. Norlela kerana pada tahun terakhirnya bersama SK Losong, pencapaian UPSR sekolah telah mencipta satu rekod baru apabila 16 orang murid mendapat 5A.

Sementara itu, Pn. Norlela dalam ucapan perpisahan mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan staf kerana dengan sokongan semua, SK Losong mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Beliau menyifatkan perkhidmatannya selama 5 tahun di SK Losong sebagai 5 tahun yang amat bermakna dan beliau terasa amat berat untuk meninggalkan SK Losong. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada PIBG yang sentiasa memberikan kerjasama yang erat dalam melaksanakan setiap program yang dirancangkan oleh pihak sekolah.

Buat Pn. Norlela...... sayonara.....


No comments: