Tuesday, March 08, 2016

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH PART 1

Tarikh : 08 Mac 2016
Masa : 7.30 pagi - 8.00 pagi
Tempat : Dewan Bestari SK Losong
Tetamu : Mrs Judith (Canada), Encik Abd Aziz (IAB) dan Encik Mazlan (IPG Sultan Mizan).


Pada hari ini, Pasukan Rakan Elit Transformasi Sekolah telah hadir ke SK Losong bagi menjayakan program Transformasi Sekolah. Pasukan elit Transformasi ini juga membincangkan dengan pihak pentadbir dan juga guru-guru bagi meningkatkan prestasi murid-murid SK Losong.Program ini dimulakan dengan aluan Asmaul Husna dan perhimpunan ringkas di Dewan Bestari SK Losong.



 Pengerusi Majlis, Puan Marhamah Binti Muhammad Nor


Barisan Pasukan Rakan Elit Transformasi bersama Puan Guru Besar, Puan Norhazlen binti Abdullah


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Puan Guru Besar, Puan Norhazlen binti Abdullah . 


Semua pelajar SK Losong memberi tumpuan terhadap apa yang disampaikan oleh Puan Guru Besar, Puan Norhazlen


Puan Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan.


Barisan Pasukan Rakan Elit Transformasi Sekolah.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan ringkas dari Mrs Judith.


Ucapan ringkas dari Mrs Judith


Selesai ucapan daripada Mrs Judith, semua tetamu dan warga SK Losong dihiburkan dengan persembahan rekoder daripada murid Tahun 6T yang dipimpin oleh guru muzik, Puan Himah binti Mohd Nor dengan lagu "Twinkle Twinkle Litle Star dan Anak Kampung".


NorSyafikah turut tidak ketinggalan turut serta di dalam program ini.


Pasukan Persembahan Rekoder yang dipimpin oleh Puan Hikmah binti Mohd Noor.





Persembahan oleh murid tahun 6 yang dipimpin oleh Puan Hikmah




Lagu Twinkle Twinkle Little Star


\

Lagu Anak Kampung


Para tetamu berpuas hati dengan persembahan pasukan rekoder tahun 6Takwa.


Majlis di akhiri dengan bacaan doa yang disampaikan oleh wakil pelajar, ADIK MUHAMMAD LUQMAN dari kelas 6 Takwa.





Bacaan doa penutup oleh wakil pelajar, adik MUHAMMAD LUQMAN

Seterusnya, Pasukan Rakan Elit Transformasi Sekolah dibawa ke bilik mesyuarat / gerakan SK Losong sambil diiringi oleh pihak pentadbir sekolah. Di situ, mereka akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan penambahbaikan untuk prestasi sekolah dan juga murid-murid SK Losong.







Perbincangan di antara Mrs Judith bersama Panitia Bahasa Inggeris, Puan Amberjeet, Puan Wan Zaimun Haliza, Puan Marhamah dan Encik Anua


Pasukan Rakan Elit Transformasi melawat ke kelas diiringi oleh Puan Guru Besar, Puan Norhazlen dan PK Pentadbiran, Encik Mohd Fitri 



Perbincangan ringkas di antara Mrs Judith bersama Puan Amberjeet Kaur


Lawatan Pasukan Rakan Elit Transformasi Sekolah di sambung pada keesokkan harinya.






No comments: