Sunday, March 06, 2016

PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 06 Mac 2016
Masa : 07.30 pagi -8.45 pagi
Tempat : Dewan Bestari SK Losong
Perasmi : Tuan Haji Haradzi bin Harun (YDP PIBG SK Losong)

Satu program telah dilancar pada pagi ini iaitu Program Sekolah Penyayang Peringkat SK Losong. Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Haradzi Bin Harun (YDP PIBG SK Losong). Tema program Sekolah Penyayang kali ini ialah "Sekolahku Syurgaku".





Sebelum majlis bermula, alunan Asmaul Husna berkumandang di dewan sekolah sementara menanti semua warga SK Losong hadir ke dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yaasin yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Sukri Bin Abdullah untuk arwah ADIK MUHAMMAD AIMAN ZAFRAN BIN MUHAMMAD SYUHAIMIE. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin.


Ustaz Mohd Sukri bin Abdullah yang memimpim bacaan surah Yaasin


YDP PIBG , Tuan Haji Haradzi turut serta dalam majlis bacaan surah Yaasin.




Pengerusi Program Sekolah Penyayang, Encik Mustafa Nor bin Ramli


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Puan Guru Besar, Puan Norhazlen Binti Abdullah. Banyak nasihat-nasihat dan juga teguran dari Puan Guru Besar kepada murid-murid SK Losong. Ianya adalah untuk membentuk murid-murid menjadi insan yang lebih baik dan juga cemerlang di dalam pelajaran.


Puan Guru Besar,Puan Norhazlen binti Abdullah


Majlis diteruskan dengan ucapan dan perasmian oleh Tuan Haji Haradzi Bin Harun (YDP PIBG SK Losong). Antara intipati ucapan beliau ialah:

  • beliau berharap agar prestasi pelajaran murid-murid dapat dipertingkatkan lagi.
  • bertepatan dengan program ini, murid-murid akan lebih mematuhi serta menghormati guru-guru kerana guru adalah orang yang mencurahkan ilmu.
  • kebanyakan kejayaan murid-murid adalah dari hasil kasih sayang ibu bapa dan juga guru-guru
  • berharap program ini akan dapat dijalankan di masa-masa akan datang

Ucapan perasmian oleh YDP PIBG SK Losong, Tuan Haji Haradzi Bin Harun


Majlis diteruskan dengan perasmian oleh Tuan Haji Haradzi bin Harun dan juga pelancaran TABUNG DISAYANG .

Gimik perasmian disediakan oleh Puan Nor Liz'za binti Bakar dan Puan Yu Azura binti Mohammad.


Tuan Haji Haradzi bin Harun diiringi oleh barisan pentadbir sekolah memotong riben .




Tuan Haji Haradzi bin Harun menandatangan menandakan Program Sekolah Penyayang bermula.










Puan Zaharah binti Mohd mengumumkan senarai nama pemenang untuk program karangan BM (NILAM) Tahap 2

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah buat pemenang peraduan mengarang karangan BAHASA MELAYU (NILAM). Peraduan ini hanya terbuka untuk murid-murid tahap 2.
Antara pemenang-pemenangnya ialah :

  • ADIK NOR SABRINA AYUNNI BINTI MOKHTAR  (6T)
  • ADIK KHADIJAH BINTI AZAM (6T)
  • ADIK HATIM FATIMAH BINTI ABDUL RAHMAN (6T)
  • ADIK MUHAMMAD ARIFFUDDIN BIN MD ALI (6A)
  • ADIK FATIN IZZATI BINTI RAHMAT (6A)
  • ADIK NURIN QISTINA BINTI MOHD DAUD (5T)
  • ADIK MAS AMIERA ATHIRAH BINTI MAZDI (5T)
  • ADIK MOHD HAZIQ HILMI BIN CHIK ALWI (5T)
  • ADIK MUHAMMAD ADAM SYAHMI BIN ABDUL GHAFAR (5A)
  • ADIK NUR AMIRA ZAHIRAH BINTI AWANG @ ROSDI (5A)

TAHNIAH BUAT SEMUA PEMENANG.


Tuan Haji Haradzi bin Harun menyampaikan hadiah kepada pemenang sambil diiringi oleh Puan Guru Besar, Puan Norhazlen binti Abdullah dan Puan Sabariah binti Salim





Majlis di akhiri dengan bacaan doa oleh adik WAN MUHAMMAD HAKIMI (6 TAKWA).



Sebelum terlupa, sedikit cenderahati  telah di edarkan kepada semua murid-murid SK Losong dan juga guru-guru SK Losong.
















No comments: