Wednesday, May 13, 2009
Karnival Futsal Dan Bola Baling 2009
Tuesday, April 28, 2009
Kem Kecemerlangan UPSR 2009
Wednesday, April 22, 2009
Sunday, April 19, 2009
Akujanji UPSR 2009
Mesyuarat Agung PIBG
Antara ibu bapa yang hadir
Tetamu kehormat
Ucapan Perasmian Oleh Dato' Wan Farid
Cabutan Bertuah turut diadakanSaturday, March 21, 2009
Hari Guru 2009
Perayaan Sambutan Hari Guru 2009 peringkat kebangsaan pada tahun ini akan diadakan di Terengganu, dan Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu telah dipilih sebagai tempat sambutan tersebut yang akan berlangsung pada 16 Mei 2009. Tema sambutan pada tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa.Kami warga SK Losong yang berada berhampiran dengan TTI merasa bertuah kerana sambutan tersebut diadakan berhampiran dengan sekolah kami. Bersama-samalah kita memanfaatkan sambutan tersebut.
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
GURU
Kami Guru
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera-puteri Negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Dibidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Klik pautan ini untuk ke Laman Web Hari Guru
http://www.moe.gov.my/hariguru/
Monday, February 16, 2009
Kem Motivasi Pengawas 2009
Thursday, November 13, 2008
UPSR 2008 - Tahniah
Calon-calon yang mendapat 5A ialah, Ahmad Shahidi b Mokhtar, Ain Nur Khairani b Azmi, Amirah Liyana bt Ahmad Nazli, Azmatun Najihah bt Suhaimi, Che Hanisah bt Che Zakaria, Ilya Qurratu Ain bt Kamarul Ariffin, Mohammad Khairul Imran b Ahmad, Norfarah Azlieyana bt Che Omar, Siti Nur Afiqah bt Zakaria, Syafiqah bt Mohamed dan Wan Muhammad Tarmizi b Wan Latiff. Tahniah sekali lagi kepada yang mendapat 5A...
Wednesday, November 12, 2008
Majlis Anugerah Kecemerlangan
Sunday, November 02, 2008
Jamuan Akhir Tahun & Majlis Perpisahan Pengawas
Saturday, November 01, 2008
Perkhemahan Unit Beruniform 2008
Tuesday, September 09, 2008
Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2008
Sunday, August 31, 2008
Monday, June 30, 2008
Selamat Bersara Cikgu Wan Azizah
Sunday, June 22, 2008
Majlis Persaraan En. Alias
En. Alias atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yas adalah kakitangan SK Losong yang telah menamatkan perkhidmatan di SK Losong pada 8 Mei 2008, adalah seorang kakitangan yang dedikasi dan komited dengan tugasnya.
Majlis jamuan perpisahan telah diadakan di rumah beliau sendiri iaitu di Kampung Belukar Jambu, Jln. Kg Bukit, Kuala Terengganu pada jam 1.00 tengah hari.
Wednesday, October 31, 2007
Majlis Perpisahan Pengawas 2007
Tuesday, October 30, 2007
Lawatan Sambil Belajar (Lasbela 2007)
Destinasi pertama lawatan ialah sekitar Bandar Hilir Melaka, lawatan di Melaka diteruskan ke Taman Rama-rama dan Zoo Melaka. Ahli rombongan telah bermalam di Melaka dan lawatan diteruskan keesokkan harinya ke KLIA dan sekitar Putrajaya. Rombongan menikmati makan tengah hari di Putrajaya. Acara pada sebelah petang diteruskan ke Kuala Lumpur dan destinasinya ialah ke stesen TV3 iaitu di Sri Pentas. Di sini rombongan telah dibawa melawat ke beberapa tempat-tempat menarik di TV3 seperti bilik berita dan sebagainya. Selepas melawat TV3, rombongan telah di bawa ke bandaraya Kuala Lumpur. Pada sebelah malamnya, rombongan telah dibawa ke Eye On Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa.
Pada sebelah malam perjalanan diteruskan ke Cameron Highland dan tiba di sana pada awal pagi. Di Cameron Highland, rombongan telah dibawa ke tempat-tempat menarik di sana seperti Stesen Penyelidikan Mardi, Kea Farm, ladang teh dan sebagainya. Lawatan berakhir di Cameron Highland dan rombongan telah balik ke Terengganu melalui Gua Musang dan tiba di Terengganu jam 10.30 malam.






















