Satu majlis Jamuan Perpisahan Pengawas 2007 telah diadakan di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu pada hari Isnin, 29 Oktober 2007. Majlis yang diadakan serentak dengan jamuan akhir tahun Kelab Guru 2007 telah dihadiri oleh semua guru dan kaki tangan sekolah  bermula jam 3.00 petang.  Turut diadakan dalam majlis  itu ialah  acara cabutan bertuah, sebanyak 10 hamper telah disediakan untuk  peserta yang bertuah. Majlis berakhir pada jam 4.30 petang.
No comments:
Post a Comment