Sunday, April 09, 2017

SEGAR ANGIN BERSAMA PENGARAH

TARIKH: 3 APRIL 2017
HARI: SELASA
MASA: 2.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN KOMPLEKS SERI IMAN

GURU GURU TAHUN 6 TERLIBAT DALAM TAKLIMAT INI. 












Intipati Ucapan Pengarah
Program Segar Angin Untuk Guru2 Upsr
04 April 2017 (Selasa)
03.00 ptg
Dewan Kompleks Seri Iman.

1. Guru perlu mengajar mengikut sukatan sebagaimana dskp setiap mata pelajaran. Mesti berfokus kepada PBS. Bukannya peperiksaan. Kita sekarang berada di dalam sistem KSSR. Bukan lagi KBSR. Guru2 perlu berubah. Kurikulum sekarang sudah berubah. Kena ikut perubahan.

2. Pelakon utama adalah murid. Bukan guru. Sebagaimana kehendak pdp abad 21. Murid harus belajar bersama rakan.
Guru sebagai fasilitator. Pelbagaikan kaedah pdp supaya nampak menarik. Gunakan soalan dan pemikiran kbat.

3. Penyelaras tahun 6 balik sekolah kena buat sesuatu..... Dok leh nak catat sbb dok dengor. Spekar berrong...

4. Beri penghargaan kpd murid walaupun ada peningkatan yg sedikit. Penghargaan yg sedikit beri kesan yg besar pd murid.

5. Gunakan teknologi dlm bilik darjah spt vle Frog. Supaya murid minat dan seronok untuk belajar.

6. Gunakan segala ruang yg ada dlm kelas sebagai pdp murid. 

7. Gunakan segala ruang yang ada di sekolah untuk bina pdp murid. Lebih2 lagi di kawasan belakang sekolah.

8. Pertukaran guru pakar atau guru yg berkemahiran dlm subjek berkenaan boleh dibuat antara sekolah. Dibenarkan dibuat di waktu pagi @ semasa pdp.

9. Program kerohanian mesti kekal dan diteruskan. Solat hajat, baca yassin & solat dhuha. Hubungan dgn Allah kena jaga spt solat dan mengaji Quran. Insyaallah Allah akan jaga kita.

10. Guru2 perlu tinggalkan legasi yang baik kpd murid dan sekolah agar kita dikenang sepanjang masa. 

Sekian. 

###
04 April 2017

No comments: