Sunday, February 26, 2017

APA ITU PROJECT BASED LEARNING (PBL)?


SUMBER:  http://www.studygs.net/malay/pbl.htm


“Problem-based learning (PBL)” merupakan alternatif yang menarik
untuk sistem pembelajaran anda..
Dengan PBL, guru anda hanya membentangkan kepada anda ‘persoalan’, bukan kuliah ataupun tugasan. Memandangkan anda tidak akan diberikan pengisian secara terus, kaedah pembelajaran anda akan menjadi aktif  bilamana anda perlu berusaha sendiri untuk mencari bahan pengajian dan menyelesaikan masalah/persoalan yang diberikan oleh guru.
Di dalam PBL, guru bukanlah sebagai tempat untuk mencari jawapan dalam sesuatu kes/persoalan yang diberikan, mereka hanya bertindak sebagai fasilitator dan mentor didalam kumpulan anda.
‘Problem-based learning’ akan memberikan anda peluang untuk:
  1. Menganalisa dan mencuba sesuatu yang anda tahu
  2. Mencari apa yang anda perlu tahu
  3. Membina kekuatan diri untuk mencapai tahap terbaik dalam kerja berkumpulan
  4. Mengukuhkan skil komunikasi anda
  5. Berlatih dan berbincang untuk membuktikan sesuatu berdasarkan bukti yang diperolehi melalui kajian yang dijalankan
  6. Menjadi lebih fleksibel dalam menerima dan berkongsi maklumat dalam kumpulan
  7. Melatih kebolehan yang anda akan perlukan selepas menamatkan pengajian
Rumusan tentang ‘Problem-based learning’ :
Langkah ini boleh diulang semula
Langkah 2 – Langkah 5 boleh diulang dan disemak semula setelah maklumat baru didapati di dalam perbincangan anda
Langkah 6 boleh berlaku lebih daripada sekali terutamanya apabila guru anda menitikberatkan sesuatu bahagian didalam perbincangan anda yang pertama
1. Kaji selidik isu yang diberikan/dibincangkan:
Guru anda akan membentangkan ‘persoalan’ di dalam sesuatu masalah kepada anda
Bincangkan masalah tersebut dan catitkan bahagian-bahagian yang penting
Anda akan merasai anda tidak mempunyai cukup ilmu pengetahuan untuk menyelesaikan masalah tersebut, tetapi sedar atau tidak itulah cabaran di dalam PBL.
Anda akan mengumpul maklumat dan mempelajari konsep baru, prinsip dan kebolehan semasa proses pembelajaran
2. Senaraikan ‘Apa yang saya tahu?’ 
Apa yang anda tahu untuk menyelesaikan sesuatu masalah?
Ini termasuk apa yang anda telah ketahui, kekuatan dan kebolehan setiap kumpulan .
Pertimbangkan dan catitkan setiap input yang diberikan oleh ahli kumpulan, tidak kira seberapa pelik pun idea yang dicadangkan. Kemungkinan ianya boleh memberi jawapan kepada permasalahan yang dibincangkan.
3. Hasilkan dan tuliskan semua jawapan perbincangan didalam ayat anda sendiri
Sesuatu jawapan perlulah datang daripada analisa/perbincangan yang diperolehi daripada kumpulan anda dan amat penting untuk anda tahu apa yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu persoalan/masalah:
  1. kenyataan bertulis
  2. persetujuan kumpulan anda keatas kenyataan/jawapan  hasil perbincangan 
  3. maklum balas daripada guru anda tentang keputusan perbincangan
P/S: Keputusan perbincangan anda perlulah sentiasa diolah/diubah sekiranya maklumat baru diperolehi.
4. Senaraikan penyelesaian-penyelesaian yang masih belum dipersetujui oleh semua ahli kumpulan
Senaraikan semua kebarangkalian.
Pilih penyelesaian/keputusan yang terbaik.
5. Senaraikan langkah yang akan diambil bersama dengan waktu/masa
- Apa yang kita mesti tahu dan apa yang mesti kita lakukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah/persoalan?
- Bagaimana kita mengkategorikan setiap kemungkinan-kemungkinan untuk menyelesaikan masalah/persoalan?
- Bagaimanakah ianya boleh dihubungkan dengan jalan penyelesaian? Adakah kita bersetuju?
6. Senaraikan “Apa yang kite perlu tahu?”
Kaji ilmu dan data yang akan membuktikan jawapan anda kepada sesuatu persoalan/permasalahan.
Anda memerlukan sumber-sumber ilmu untuk melengkapkan permasalahan tersebut:
      - Sumber-sumber: doktor kuliah, buku rujukan, laman web dsb.
Sekiranya kajian anda membuktikan persoalan/permasalahan dan terdapat persetujuan daripada seluruh ahli kumpulan, teruskan ke langkah (7). Jikalau sebaliknya ulang langkah (4)
7. Tuliskan jawapan berserta fakta-fakta yang menyokongnya. Serahkan kepada tutor anda.
Sekiranya anda perlu membentangkan kajian anda kepada seluruh ahli kumpulan, ia perlu disertakan dengan permasalahan, persoalan, data yang dianalisa/dikumpul, dan jawapan untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.
Membentangkan dan memperkukuhkan jawapan anda:
Objektif anda bukan hanya untuk membentangkan jawapan, tetapi juga fakta-fakta yang menyokongnya. Bersedia untuk:
  1. Nyatakan dengan jelas permasalahan dan kesimpulan
  2. Rumuskan proses yang anda gunakan dan pilihan yang dipertimbangkan.
  3. Yakinkan rakan-rakan anda ketika membentangkan jawapan.
  4. Bantu rakan anda belajar  dengan ilmu yang anda perolehi
  5. Di dalam sesi soal jawab, sekiranya anda tahu jawapannya, terangkan dengan jelas kepada rakan anda, jikalau sebaliknya, rujuk kepada guru atau rakan lain.
Kongsikan kajian anda bersama guru dan rakan lain. Ia menunjukkan tahap kesungguhan dan usaha anda di dalam kumpulan. Ketika pembentangan, terimalah segala persoalan yang ditimbulkan oleh rakan-rakan dan guru sebagai suatu cabaran. Tanpa kita sedari, ia sebenarnya memperkukuhkan diri kita untuk menghadapai situasi yang sedemikian di alam pekerjaan.
8. Semak semula prestasi anda
Berbanggalah dengan usaha anda dan belajarlah dari kesilapan yang lalu. “Thomas Edison berbangga dengan kegagalan kajiannya dan menganggap ia sebagai onak duri perjalanan untuk mencapai kejayaan”
9. Raikan usaha dan kerja anda!!
Translated by:
Muhammad Fuad Jaafar, 3rd year Mansoura-Manchester Medical Programme, Mansoura University.

No comments: