Tuesday, September 20, 2016

JAMBORI PENGAKAP PERINGKAT ASEAN 2016 YANG KE 5


 Tarikh:
15th – 20th September 2016 (Khamis – Selasa)
Ketibaan:
Peserta dinasihatkan untuk tiba pada 15 September 2016 (Khamis) dan boleh bertolak balik pada 20 September 2016 (Selasa).
Pastikan Borang Penyertaan dihantar melalui Negeri Masing-Masing sebelum 01 Jun 2016.
Tempat:
Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail (Coordinat: 5⁰23’3”N / 103⁰6’46”E)
Telaga Batin, Kuala Nerus. 21300, Terengganu, Malaysia.








PESERTA SEKOLAH KITA YANG MEWAKILI JAMBORI PENGAKAP INI IALAH:
1. MUHAMMAD ALIF IRFAN
2. MUHAMMAD BULLIA
3. MUHAMMAD NAJMI HAKIM
4. MUHAMMAD NAZREEN HAIKAL 


Antara tujuan utama penubuhan Asean ialah untuk membentuk hubungan yang erat antara negara-negara Asean terutamanya dalam bidang social budaya. Ianya boleh direalisasikan dalam kepengakapan yang memang telah terjalin persahabatan dan persaudaraannya yang tidak mengenal batas sempadan.
Kekayaan seni dan budaya pengakap merupakan warisan yang amat berharga, ianya juga mewakili berbagai bangsa dan negara. sehingga boleh berlaku pertukaran seni dan budaya antara ahli-ahli pengakap. Ini bukan sahaja penting untuk ahli pengakap malah mampu memartabatkan seni dan budaya Malaysia dan seterusnya merangsang sektor pelancongan negara. Perlu juga difahami bahawa mengenal seni dan budaya bererti kita mengenal sesuatu bangsa.
Kita berharap aktiviti ini mampu menonjol kemampuan dan peranan pengakap di peringkat global dan boleh memberi kenangan indah dan menyeronokkan dan seterusnya mencapai matlamat visi dan misi Persekutuan Pengakap Malaysia.
Objektif:
Objektif penganjuran Jambori Pengakap ASEAN:
  • Mempromosikan kepelbagaian kebudayaan serta seni warisan.
  • Mewujudkan masyarakat yang cintakan kepada kepelbagaian kebudayaan serta seni warisan.
  • Mendidik generasi muda agar memelihara kepelbagaian kebudayaan serta seni warisan yang mana telah mencorakkan sesuatu negara.
Tema:
“Cultural and Heritage Diversity”
Kepelbagaian Budaya dan Warisan.
Aktiviti:
  • Aktiviti Kebudayaan
  • Permainan Tradisional
  • Persembahan Tradisional
  • Pakaian Tradisional
  • Demonstrasi Makanan Tradisional
  • Kraf tangan
  • Youth Forum

No comments: