Sunday, August 28, 2016

HADIAH KECERIAAN KELAS BULAN KEMERDEKAAN

Tarikh : 28 Ogos 2016
Tempat : Dewan Bestari SK Losong

           Satu pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas telah di adakan selama sebulan iaitu bermula pada awal bulan Ogos 2016. Ianya telah dilancarkan oleh Puan Guru besar, Puan Norhazlen sempena bulan kemerdekaan. ianya juga bertujuan untuk menggalakkan lagi murid-murid khususnya menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2016 (Rabu) ini .            
           Selain itu juga ianya untuk menanam perasaan patriotik serta semangat kemerdekaan  di dalam diri murid-murid dan juga menggalakkan mereka untuk bersama-sama menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing. PuanGuru Besar turut menyediakan cenderahati buat kelas yang menang dan juga sijil.

KELAS KEMERDEKAAN


  • Johan (Tahap 2) : 6 Amanah (6A)
  • Johan (Tahap 1) : 3 Amanah (3A)
  • Naib Johan : 4 Takwa (4Takwa)
  • Ketiga : 3 Takwa (3T)
  • Keempat : 5 Takwa (5T)
  • Kelima : Pra Sekolah
TAHNIAH BUAT SEMUA YANG TELAH BERJAYA!!



















No comments: