Sunday, July 03, 2016

MAJLIS RINGKAS PERSARAAN PK HEM, PUAN WAN ZAIMUN HALIZA

Tarikh : 30 June 2016
Masa : 11.45 pagi - 1.30 tengah hari
Tempat : Dewan Bestari SK Losong.

Satu majlis ringkas telah di aakan bagi meraikan persaraan PK HEM, Puan Wan Zaimun Haliza yang akan bakal bersara mulai hari ini. Majlis ini di adakan secara ringkas bagi menghormati bulan Ramadhan dan juga dengan masa yang agak terhad di mana pelajar tahun 6 sedang menghadapi Peperiksaan Pra Percubaan UPSR 2016. Insya allah, majlis yang sebenar akan bakal menyusul selepas cuti Hari Raya Aidilfitri nanti.

Majlis di mulakan dengan bacaan surah Yaasin yang di ketuai oleh Encik Mohd Zawawi bin Mohd Nawawi.



Encik Mohd Zawawi Bin Mohd Nawawi yang mengetuai bacaan surah Yaasin





Majlis seterusnya di teruskan dengan Majlis Ringkas Persaraan PK HEM, Puan Wan Zaimun Haliza binti Abd Rahman dengan dipengerusikan oleh Encik Abdul Rashid Bin Ishak.




Pengerusi Majlis, Encik Abdul Rashid Bin Ishak


Guru yang bertugas bahagian siaran raya, Encik Ruzlan Bin Muda


Encik Mohd Zawwai Bin Mohd Nawawi memberikan sepatah dua kata ucapan untuk PK HEM, Puan Wan Zaimun Haliza bagi mewakili rakan-rakan sekerja yang lain. Ini kerana beliau telah lama mengenali Puan Wan Zaimun Haliza ketika bertugas bersama ketika di SK Seri Nilam lagi.


Ucapan daripada PK Koko, Encik Anua bin Ahmad Rosdi bagi mewakili pihak pentadbir.



Ucapan daripada PK Pentadbiran, Encik Mohd Fitri Bin Ngah bagi mewakili Puan Guru Besar.


Ucapan terakhir daripada PK HEM, Puan Wan Zaimun Haliza Binti Abdul Rahman




Ucapan terakhir dari Puan Wan Zaimun Haliza buat semua warga SK Losong



Persembahan terakhir  dari Puan Wan Zaimun Haliza buat semua warga SK Losong



Antara staff pejabat yang turut bersama di dalam majlis ini.



Persembahan sajak daripada murid Tahun 5 Takwa yang dilatih oleh Puan Zaharah Binti Mohd.





Selesai sudah majlis ini, satu majlis bersalaman Hari Raya di antara Puan Wan Zaimun Haliza bersama semua murid SK Losong, semua guru-guru, staff dan juga pekerja swasta.




















Kesedihan tidak dapat dilindungi lagi ketika Puan Wan Zaimun Haliza bersama rakan sekerja.



Murid-murid Tahap 2 berbaris mengiringi Puan Wan Zaimun Haliza buat kali terakhirnya di SK Losong.







Punch Card buat kali terakhir sebelum pulang.







No comments: