Wednesday, May 04, 2016

KELAS TERCANTIK APRIL

Tarikh : 04 Mei 2016
Tempat : Dewan SK Losong

Baru-baru ini telah di adakan sedikit majlis untuk penyampaian kelas tercantik APRIL 2016 dan juga hadiah hari lahir APRIL 2016. Ini adalah untuk menghargai usaha guru-guru kelas dan murid-murid dalam menghias kelas mereka.Ianya juga sebagai galakan untuk terus menghias dan membersihkan kelas masing-masing supaya sentiasa bersih dan cantik. Ini adalah kerana dengan kelas yang sentiasa cantik, bersih, kemas dan teratur secara tidak lansung turut mempengaruhi suasana pembelajaran serta dapat  membuat guru dan murid-murid seronok untuk belajar.


Sedikit ucapan serta nasihat daripada Puan Guru Besar, Puan Norhazlen binti Abdullah buat semua pelajar SK Losong

Antara pesanan daripada Puan Guru Besar ialah :

  • Puan Guru Besar berterima kasih atas semua kerjasama warga SK Losong ketika lawatan TKPP KPM Dato Dr Amin bin Senin dan juga pihak dari JPN Terengganu, PPD Kuala Terengganu, SIC+ dan juga YDP PIBG.
  • berpesan agar sentiasa mengulangkaji pelajaran dan melakukan semua kerja rumah yang di berikan oleh guru-guru
  • menjaga kebersihan persekitaran sekolah dan juga di dalam kelas masing-masing
  • menjaga disiplin diri, keselamatan diri dan barang-barang tidak kira di mana berada
  • jangan tinggal solat kerana solat merupakan tiang agama 
  • menjemput semua murid-murid terutama murid-murid Tahap 2 hadir ke program Solat Hajat UPSR di Masjid Kg Losong Haji Mamat pada hari Khamis (06 Mei 2016)


 Majlis di teruskan dengan penyampaian sijil dan cenderahati buat pemenang kelas tercantik dan bersih bagi bulan APRIL 2016. Hakim tetap untuk program ini adalah Puan Norlizza binti Bakar dan Encik Mustafa Nor Bin Ramli dan di selia oleh Puan Siti Fatimah Aesyah Binti Muhammad

Sijil dan cenderahati di sampaikan oleh PK Pentadbiran Encik Mohd Fitri Bin Ngah.
Antara pemenangnya ialah :

TAHAP 1
JOHAN : 3 AMANAH
NAIB JOHAN : 1 AMANAH

TAHAP 2 
JOHAN : 4 TAKWA
NAIB JOHAN : 5 AMANAH



PK Pentadbiran, Encik Mohd Fitri Bin Ngah menyampaikan hadiah dan sijil buat pemenang naib johan TAHAP 1 iaitu 1 Amanah


PK Pentadbiran, Encik Mohd Fitri Bin Ngah menyampaikan hadiah dan sijil buat pemenang  johan TAHAP 1 iaitu 3 Amanah


PK Pentadbiran, Encik Mohd Fitri Bin Ngah menyampaikan hadiah dan sijil buat pemenang naib johan TAHAP 2 iaitu 5 Amanah


PK Pentadbiran, Encik Mohd Fitri Bin Ngah menyampaikan hadiah dan sijil buat pemenang  johan TAHAP 2  iaitu 4 Takwa

Seterusnya ialah, sedikit cenderahati buat guru-guru dan staff yang lahir pada bulan APRIL. Ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan sesama guru-guru dan jugga staff. Antara guru-guru dan staff yang lahir pada bulan April ialah :

  • Puan Rafidah binti Abdul Aziz (Guru Kelas 3 Amanah)
  • Puan Yu Azura binti Mohammad (Guru Prasekolah)
  • Puan Semek binti Ibrahim (PT)




Puan Guru Besar bergambar bersama Puan Semek

Majlis di sudahkan dengan doa daripada Encik Mohd Zawawi bin Mohd Nawawi.



No comments: