Thursday, October 30, 2014

TAHNIAH BUAT SEMUA WARGA SK.LOSONG

Tahniah kepada Puan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru serta semua warga sekolah di atas kejayaan Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam UPSR 2013 bagi kategori Lonjakan Gred Purata Sekolah Enrolmen 50 - 99 Calonyang telah diadakan pada 21.10.2014 di Stadium Tertutup Negeri Terengganu. Penghargaan ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd Zubir Embong, Dato' Speaker DUN Trg.

Monday, October 20, 2014

Majlis Perasmian BBK Peringkat Ng Terengganu 2014

18-29.10.2014 DBP Zon Timur telah menganjurkan pelbagai program sempena BBK Peringkat Ng Terengganu 2014. Seramai 10 orang murid sekolah ini telah dijemput menyertai pertanding tulisan khat yang telah diadakan di TTC, K. Terengganu pd19 oktober 2014. Tahniah kepada adik Mas Amiera Athirah dan Muhd Haziq, kedua-duanya dari tahun 3T kerana berjaya meraih saguhati kategori tahap 1. Apa yang penting kejayaan bermula dari usaha kita sendiri walaupun bermula dengan pencapaian saguhati...semoga akan lebih berjaya. Bg yang belum berjaya, cuba lagi..

Friday, October 03, 2014

LAWATAN BERMAKLUMAT SK LOSONG 2014

Tarikh : 30.9 - 2.10.2014 Tempat : Melaka, Putrajaya dan Kuala Lumpur Peserta : 40 orang Aktiviti : 1. Melaka - Dataran Pahlawan dan muzium2 berdekatan, Taming Sari Tower, Zoo Melaka, Perigi Hang Tuah, Galeri YB Dato' Rustam Ali, River Cruise 2. Putrajaya - Sekitar bangunan pentadbiran Kerajaan Malaysia, Masjid Putra 3. KL - Kidzania, Aquaria, KLCC Kami warga sekolah merakamkan setinggi- tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua penaja dan semua pihak yang menjayakan lawatan 2014.

Thursday, September 25, 2014

TAKLIMAT SPS & i-THINK

Tarikh : 25.9.2014 Masa : 1.30 petang Tempat : Makmal Komputer, SK Losong Fasi : Pn. Norma bt Muda ( i-think) En. Ruzlan bin Muda dan Pn. Hikmah bt Mohd Noor (SPS)

Wednesday, September 24, 2014

PELANCARAN HARI SUSU SEKOLAH SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh : 24 september 2014 Tempat : SK Seri Berang Perasmi : Tn. Haji Ngah Bidin, KS SPS JPNT

Tuesday, September 09, 2014

Majlis Perasmian Pameran 1001 Senjata

Tarikh : 9.9.2014 @ selasa Tempat : Kompleks Muzium Negeri Terengganu Masa : 9.30 pagi Anjuran : Muzium Negeri Terengganu Peserta : 10 orang murid tahun 4t dan 2 orag guru. Aktiviti : 1. Ucapan aluan pengerusi majlis 2. Bacaan doa 3. Ucapan Aluan oleh YB Dato' SUK merangkap Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Terengganu 4. Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Speaker DUN mewakili YAB MB Trg. 5. Gambit perasmian 6. Peyamaian hadiah kepada pemenang pertandingan 7. Penyampaian cenderahati 8. Melawat galeri pameran 9. Jamuan ringan 10. Bersurai

DOAKAN 5A MILIK KAMI....

9-11 september 2014 merupakan tarikh keramat bagi semua calon UPSR seluruh Malaysia amnya dan 50 calon UPSR SK Losong khususnya. Buat semua calon UPSR, buatlah yang terbaik... kami warga pendidik dan ibubapa memanjat kesungguhan doa kepada Allah s.w.t. semoga kalian dipermudahkan segalanya, dilancarkan penulisannya, ditajamkan pemikirannya... ameen.

Monday, September 08, 2014

Pergimu Tak Kembali....

8.9.2014 - Pihak sekolah dan seluruh warganya merakamkan tahziah buat Puan Hajah Ainon bt Abu Samat yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.30 pagi tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang mukmin solehah. Al-Fatihah. DariNya kita datang...kepadaNya kita kembali....

Penafian Berita

8.9.2014, pihak sekolah menafikan sekerasnya bahawa berita yang tersebar melalui whatapps tentang seorang budak lelaki yang didapati meminta sedekah sambil menceritakan penderitaan ibunya adalah murid Tahun 6 sekolah ini. Laporan berkaitan isu ini telah dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.

MAJLIS RESTU ILMU CALON UPSR 2014

Tarikh : 8.9.2014 Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Bestari Aktiviti : 1. Ucapan Pengerusi Majlis 2. Ucapan Semangat oleh Puan Guru Besar 3. Bacaan doa semoga dipermudahkan segala oleh Allah 4. Agihan bekas pensel sambil bersalaman