Saturday, September 02, 2006

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Murid-murid penuh bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang.

Sambutan Bulan Kemerdekaan telah diadakan di Dewan Bestari SK Losong pada 17 Ogos 2006.
Beberapa acara telah diadakan pada majlis tersebut seperti bacaan perutusan sempena sambutan bulan kemerdekaan, nyanyian lagu-lagu patriotik, deklamasi sajak dan beberapa acara lagi. Acara-acara tersebut telah disertai oleh murid-murid dengan penuh bersemangat sempena meraikan bulan kemerdekaan.

Friday, July 21, 2006

Lawatan Majalah Kuntum

Pemenang Kuiz bergambar bersama maskot Kuntum.

Majallah kanak-kanak Kuntum telah mengadakan lawatan ke SK Losong pada 17 Julai 2006.
Rombongan tersebut diketuai oleh editor Datin Emillia Kassim bersama ahlinya tiba di SK Losong pada jam 11.30 pagi dan telah mengadakan beberapa aktiviti antaranya kuiz dan acara bergambar bersama-sama maskot Kuntum.

Perkhemahan Pengakap

Ahli pengakap SK Losong sedang menikmati makan tengahari

Pasukan Pengakap SK Losong telah mengambil bahagian dalam Perkhemahan Pengakap Daerah Kuala Terengganu yang telah diadakan di Kem Sri Gelam, Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit.
Dalam perkhemahan yang diadakan pada 13 hingga 15 Julai 2006 pasukan pengakap SK Losong telah menghantar wakil seramai 10 orang ahli yang terdiri dari murid tahun 4, 5, dan 6.

Pertandingan Mewarna

Pelbagai aksi murid mewarna untuk menghasilkan yang terbaik.

Pertandingan Mewarna sempena Kempen Bulan Membaca telah diadakan di Dewan Bestari SK Losong. Pertandingan tersebut diadakan pada 13 Julai 2006. Semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Monday, May 22, 2006

Kem Kecemerlangan UPSR 2006

Tekun... murid-murid sedang mengikuti ceramah.

Kem Kecemerlangan UPSR ( KEMERCU ) 2006 telah diadakan pada 18 hingga 19 Mei 2006 di Angullia Beach House Resort, Marang Terengganu. Kem selama 2 hari satu malam itu telah disertai oleh semua murid tahun 6.
Beberapa orang penceramah bagi mata pelajaran UPSR telah dijemput untuk memberikan ceramah mengenai teknik menjawab soalan UPSR.

Pra Sekolah 2006

Murid-murid Pra Sekolah bergambar bersama
(dari kiri) Guru Pra Sekolah, Guru Besar, Penolong Kanan 1
dan Pembantu Pengurusan Murid.


Sambutan Hari Guru 2006

Guru-guru sedang melafazkan ikrar

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2006 bertempat di Dewan Bestari SK Losong. Acara dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan bacaan ikrar diikuti dengan nyanyian lagu tema iaitu Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan dan disusuli dengan lagu Guru Malaysia.
Perutusan ucapan Hari Guru oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran telah dibacakan dalam majlis tersebut. Tidak ketinggalan juga deklamasi sajak Guru O Guru juga diadakan.
Majlis sambutan juga diserikan dengan acara sukaneka yang melibatkan semua guru dan murid-murid SK Losong. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari untuk semua guru dan murid di kantin sekolah.

Saturday, May 13, 2006

SELAMAT HARI GURU ( 16.05.2006 )


Selamat Menyambut Hari Guru
Kepada Semua Guru SK Losong, Kuala Terengganu
dan kepada semua guru di mana sahaja anda berada.

Friday, April 14, 2006

Doktor Muda

Doktor Muda SKLo bersama Dr. Nurfazlinda Md Shah
( barisan tengah, tiga dari kiri ) dan guru-guru SKLo


Kelab Doktor Muda SK Losong telah ditubuhkan dengan rasminya pada 30 Mac 2006. Kelab tersebut disertai oleh mutid-murid tahun 4 Takwa seramai 27 orang.
Majlis perasmian kelab tersebut telah disempurnakan oleh Dr. Nurfazlinda bt. Md Shah, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Terengganu dari Klinik Kesihatan Air Jernih, Kuala Terengganu. Majlis tersebut diadakan di Bilik Audio Visual SK Losong pada jam 2.30 petang turut dihadiri oleh Guru Besar SK Losong, Pn. Norlela bt. Yusoff, guru-guru penolong kanan & Guru Penyelaras Kelab tersebut iaitu Cik Noraiza bt. Ibrahim.

Solat Hajat Kecemerlangan UPSR

Satu majlis solat hajat kecemerlangan UPSR 2006 telah diadakan di SKLo pada 23 Mac 2006. Majlis yang bermula pada jam 7.15 malam dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, Solat hajat, bacaan Yasin, tahlil dan Solat Isyak. Majlis tazkirah juga diadakan selepas solat Isyak oleh penceramah jemputan.
Majlis tersebut disertai oleh murid-murid tahun enam bersama ibu bapa masing-masing, ahli jawatankuasa PIBG dan guru-guru SKLo serta kakitangan sekolah. Majlis berakhir jam 10.30 malam.

Friday, March 10, 2006

Cemerlang, Gemilang, Terbilang

Bekas pelajar SK Losong, Abdul Halim b Mamat@Nawi ( gambar ) telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam bidang 'Chemical Engineering' selama tiga tahun bermula 3 April 2006.
Abdul Halim yang memulakan persekolahan tahun 1 pada 1993 di SK Losong sehingga tahun 6 pada tahun 1998 dan mendapat keputusan 4A 1B dalam Peperiksaan UPSR. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran peringkat menengah di SMA Sultan Zainal Abidin Ladang, Kuala Terengganu pada 1999 - 2001, seterusnya ke MRSM Kuala Berang pada 2002 - 2003 dan mendapat 8A 2B dalam Peperiksaan SPM. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Pusat Persediaan Kajian Teknikal ke Jepun di UTM Kuala Lumpur pada 2004 - 2006.
Abdul Halim akan meneruskan pelajaran dalam bidang 'Chemical Engineering' di Kolej Teknikal Watayama, Jepun selama 3 tahun...
Kami di SK Losong mengucapkan selamat maju jaya kepada Abdul Halim.... Sayonara...

Sunday, March 05, 2006

Kursus Motivasi Kepimpinan Pengawas 2006


Kursus Motivasi Kepimpinan Pengawas 2006 telah diadakan pada 2 Mac 2006 di Sk Losong. Kursus yang diadakan di Bilik Audio Visual SK Losong telah dihadiri oleh semua pengawas sekolah dan dikendalikan oleh En. Mohamad b Ibrahim dari SK Pusat Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Kursus yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan badan disiplin sekolah bermula pada pukul 3.00 hingga 4.30 petang.

Monday, February 27, 2006

Kejohanan Merentas Desa 2006


Kejohanan Merentas Desa 2006 telah diadakan pada hari Khamis 23.02.2006. Kejohanan tersebut telah disertai oleh murid tahun 2 hingga 6 dan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu perempuan tahun 3 & 4, lelaki tahun 3 & 4, perempuan tahun 5 & 6 dan lelaki tahun 5 & 6. Para peserta telah dilepaskan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Ust. Raja Daud Raja Mamat pada pukul 8.30 pagi.

Saturday, February 11, 2006

Ceramah Motivasi Keibubapaan

Tn. Hj. Ariffin b Embong sedang menyampaikan ceramah

Majlis Ceramah Motivasi Keibubapaan telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Losong pada hari Khamis 9 Februari 2006. Ceramah yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah menjemput Tn. Hj. Ariffin b Embong, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Terengganu sebagai penceramah undangan.
Majlis tersebut bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang telah dihadiri oleh ibubapa murid-murid tahun 4, 5 dan 6.

Saturday, February 04, 2006

Guru SKL 2006

Warga Guru SK Losong 2006

Watikah Pelantikan Pengawas

Majlis penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2006 telah diadakan pada hari Ahad 8 Januari 2006 di Dewan Bestari SK Losong. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Losong iaitu Pn. Norlela bt. Yusoff.
Seramai 40 orang murid dari tahun 3 hingga 6 telah dilantik sebagai pengawas sekolah yang diketuai oleh Ahmad Zuhairi Uzair b Zahir Rudin. Manakala penolong ketua pengawas pula ialah Nur Alya Hanani bt Noormi.
Pada majlis tersebut, guru besar berharap semoga pengawas dapat menjalankan tugas masing-masing dengan cemerlang bagi memastikan disiplin murid SK Losong berada pada tahap terbaik untuk membentuk kecemerlangan dalam pelajaran.

Hari Pertama Persekolahan 2006

Hari pertama persekolahan tahun 2006 bermula pada Hari Isnin 2 Januari 2006. SK Losong bermula pada hari pertama dengan 12 kelas iaitu 2 kelas pada setiap tahun dengan murid seramai 422 orang dan guru seramai 27 orang.