Wednesday, July 31, 2013

Majlis Jasamu Dikenang Sempena Persaraan Ustaz Omar 31.7.2013

1 may 1981 memulakan kerjaya sebagai pendidik. Setelah hampir 32 tahun maka hari ini Ustaz akan menamatkan kerjayanyasecara rasmi. Semoga segala ilmu yang dicurahkan sama-sama dapat dimanfaatkan Terima kasih atas segalanya.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH 2013

Alhamdulillah.....sedang berlangsung majlis khatam Al-Quran peringkat sekolah 2013.

Monday, July 29, 2013

Cikgu Oh Cikgu

Apa khabar semua? Cikgu pilihan minggu ini En. Omar Ibrahim dan Pn. Ainon bt Abu Samat. Hah jangan tak percaya....siap sedo
ndon lagi warna pakaian.... Hahaha...buat En. Omar Ibrahim....selamat bersara bermula 1 Ogos 2013 ini. Jasa dan pengorbanan tuan amat kami semua hargai. Semoga tuan lebih berjaya dunia dan akhirat. Kenang kami dalam doamu.

Sunday, July 28, 2013

Guru Penyayang Murid Berkualiti

Terima Kasih Kerana Hadir Ke Sekolah. Harapan cikgu semua agar semua murid hadir penuh untuk minggu ini jua minggu-minggu mendatang. Selamat Menuntut Ilmu....

Wednesday, July 24, 2013

Derma Tabung Ramadhan

Assalamualaikum. Jom kita menderma untuk program ihya ramadhan. Terima kasih kepada yang menderma. Semoga derma ikhlas kita mendapat keberkatan Allah. Amin.

Tuesday, July 23, 2013

Muhasabah Diri

Marilah sama-sama kita memuliakan lagi bulan Ramadhan ini dengan amalan-amalan mulia. Bulan Ramadhan ini merupakan bulan berkat, bulan mulia di mana terdapat banyak kelebihan dan ganjaran pahala ats setiap amalan yang dillkukan....tazkirah pagi oleh Cg Abdul Halim b Abdullah.

Monday, July 22, 2013

Minggu Peperiksaan

Apa khabar semua. Hari ini masuk hari ke 2 murid tahun 6 seknini menduduki peperiksaan percubaan UPSR 2013. Semoga ianyaenjadi penanda aras yang sempurna untuk UPSR sebenar. Selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon. Buat yang terbaik. Kami warga guru dan ibubapa mendoakan ketenangan dan kesenangan
dalam menjawab soalan. Semoga dipermudahkan Allah.

Tazkirah Pagi

Tajuk : PUASA Isi: Fadilat puasa, amalan mulia di bulan ramadhan, kelebihan orang berpuasa, nikmat bersyukur, sikap n sifat yang mulia yangvperlu ada pada setiap individu muslim. Selamat Berpuasa. Hari ini sudah 13 Ramadhan.

Thursday, July 18, 2013

Program Jom Ke Sekolah

14 Julai 2013 - Perasmian PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH oleh Puan Naziah bt Hassan, guru besar sekolah. Program ini bermuls dari 14.7.2013 dan akan berakhir pada 24.7.2013. Terdapat pelbagai intipati telah dan bakal dilaksanakan membabitkan semua murid. Semoga dengan program-program ini mampu membendung gejala ponteng sekolah. Selain daripada itu, pihak sekolah juga mengadakan kutipan derma kepada tabung palestin bagi membantu mangsa-mangsa di sana. Semoga dengan sedikit sumbangan derma ikhlas kami mendapat keberkatan dan membantu secara langsung mahupun tidak kepafa mangsa-mangsa terbabit. Selamat berpuasa.

Majlis Bacaan Yasin

Apa khabar semua. Hari ini sudah 9 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, sekolah kami namun seperti biasa telah menjadi rutin setiap hari khamis, sekolah kami mengadakan program bacaan yaasin beramai-ramai. Disamping itu juga ada diselitkan sesi tazkirah. Semoga kita semua berada di dalam kerahmatan dan keredhaan ALLAH. Amin.

Wednesday, April 10, 2013

Setelah 35 tahun berkhidmat, akhirnya En Ismail Penolong Kanan Pentadbiran SK Losong meninggalkan dunia perguruan.

Pada hari Isnin, 8 April 2013 baru-baru ini, berakhirlah perhidmatan En Ismail b Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Losong sebagai seorang guru. En Ismail yang telah 35 tahun menabur bakti kepada ribuan pelajar diseluruh negeri Terengganu ini meninggalkan alam perguruan ini pada umur 58 tahun. Beliau telah berkhidmat dari tahun 1978 di SK Felda Neram-Kemaman, Sk Chukai-1983, SK Kesom, K. Trg-1989, SK Kg Tengah-1994, Sk Ketengah Jaya, sabagai GPK Ko - 2001, Sk Kompleks Gong Badak, sabagai GPK Tadbir - 2003 dan mengakhiri perkhidmatan beliau di SK Losong sabagai GPK Pentadbiran pada 8 April 2013 baru-baru ini. Pada tahun 2000, En Ismail telah berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan segulung ijazah dalam pengkhususan matematik. Kami warga SK Losong merasa kehilangan yang besar dalam dalam mentadbir sekolah. Kemahiran yang ada pada En Ismail dalam bidang pengkomputeran dan fotografi telah banyak menyelesaikan hal-hal yang berkaitan. Kini kami merindui kehadiran penolong kanan yang selama ini mudah untuk berbual bicara dan banyak membantu dalam apa situasi sekali pun. Semoga En. Ismail selepas ini akan berbahagia bersama keluarga dan tak lupa untuk menjenguk kami di SK Losong.

Thursday, October 11, 2012

KARNIVAL SUKAN

SK LOSONG telah menjalankan Karnival Sukan mulai 7 Oktober 2012. Pada 11 Oktober 2012 merupakan acara kemuncak karnival tersebut di mana sukaneka Tahap 1 diadakan. Antara acara dipertandingkan ialah lari bawa pundi kacang, bawa bola pingpong dalam sudu, lari bawa bola, tiup belon dan ambil gula-gula dalam tepung.

BULAN MEMBACA

PADA 7 OKTOBER 2012 GURU BESAR SK LOSONG, PN. NAZIAH BT HASSAN TELAH MELANCARKAN PROGRAM BULAN MEMBACA 2012 PERINGKAT SEKOLAH. ANTARA PROGRAM IALAH: * KUIZ PUSAT SUMBER SEKOLAH * PERTANDINGAN MENCIPTA BLOG PSS (TAHUN 6) * PROGRAM BICARA BUKU (TAHAP 2) * PERTANDINGAN "SPELL IT RIGHT" * PERTANDINGAN MENGARANG (TAHAP 2) * PERTANDINGAN "SMART READER" (TAHAP 1) * PERTANDINGAN BERCERITA * PERTANDINGAN MENDEKLAMASI PUISI (TAHAP 2) * KEM RAKAN PEMBACA NILAM