Tuesday, February 02, 2016

KELAS TERCANTIK JANUARI 2016

Satu peningkatan untuk SK Losong di mana adanya satu perubahan yang ketara di dalam kelas-kelas di SK Losong di mana guru-guru kelas bersemangat di dalam menghias kelas masing-masing.

TAHAP 1 : KELAS 1 AMANAH (PUAN ZURAIDAH BINTI ISMAIL)


Susunan Meja yang berada dalam kumpulan masing-masing




Papan Kenyataan kelas 1 AMANAH






Kumpulan meja dan kad Traffic Light



TAHAP 2 : KELAS 6 AMANAH (PUAN SALMA SA'ADAH BINTI MANSOR)


Meja Guru


Meja yang tersusun rapi (ketika menjawab soalan).




Sudut Bacaan


Pintu Masuk



Traffic Light yang di letakkan tersusun di dalam bakul di dalam kumpulan masing-masing



Parking Lot 6 AMANAH


Papan Kenyataan 6 AMANAH



ANUGERAH KELAS TERCANTIK BULAN JANUARI 2016

Tarikh : 31 Januari 2016
Masa : 8.00 pagi - 8.10 pagi
Tempat : Dewan Bestari SK Losong

Satu majlis penyampaian hadiah untuk kelas tercantik bagi bulan Januari 2016 telah di adakan pada hari Ahad baru-baru ini. Idea untuk pertandingan ini telah diilhamkan sendiri oleh Puan Guru Besar, Puan Norhazlen binti Abdullah. Ianya adalah bertujuan untuk memberi semangat kepada guru-guru kelas di dalam menghias kelas masing-masing. Selain itu juga ianya bertujuan untuk menambahkan semangat kepada murid-murid untuk belajar lebih bersemangat lagi terutama bagi kelas tahun 6 yang akan mengambil UPSR bulan September nanti.Antara hadiah ialah wang tunai dan sijil. Hadiah disampaikan sendiri oleh Puan Guru Besar, Puan Norhazlen binti Abdullah. TAHNIAH KEPADA GURU-GURU KELAS DAN MURID-MURID YANG BERJAYA!!!!

Pemenang untuk bulan Januari adalah seperti berikut :
TAHAP 1 : KELAS 1 AMANAH (JUARA)
                   KELAS 1 TAKWA (NAIB JUARA)

TAHAP 2 : KELAS 6 AMANAH (JUARA)
                  KELAS 4 TAKWA (NAIB JUARA)



Guru Kelas 1 Amanah, Puan Zuraidah binti Ismail bersama Puan Guru Besar


Guru Kelas 1 Takwa, Puan Faridah binti Sulaiman bersama Puan Guru Besar


Guru Kelas 6 Amanah, Puan Salma Sa'adah binti Mansor bersama Puan Guru Besar


Guru Kelas 4 Takwa Puan Amberjeet Kaur bersama Puan Guru Besar



GOTONG-ROYONG MEMBASMI AEDES PERINGKAT DUN BANDAR

Tarikh : 29 Januari 2016
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Kg Losong Haji Su
Penglibatan : Pengerusi JKKK  Kg Haji Su, Doktor Kasmani (Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Terengganu), Haji Ismail Jusoh Penolong Pegawai Kesihatan, Warga SK Losong, Ahli PIBG SK Losong dan  Penduduk Kg Losong Haji Su.

Satu gotong-royong perdana membasmi Aedes Peringkat Du Bandar telah di lancarkan pada hari Jumaat bertempat di Kg Losong Haji Su. Ianya telah disertai oleh seluruh warga SK Losong dan juga pnduduk kampung setempat.



Warga SK Losong dan PIBG SK Losong berhimpun di surau Kg Losong Haji Su.



Pegawai Kesihatan Persekitaran memberi taklimat sebelum memulakan gotong royong.




Pengagihan abate








Warga emas yang bersemangat sama dalam program ini.



Longkang yang tersumbat boleh mengakibatkan pembiakan nyamuk.










Jamuan Ringan yang diadakan



Post mortem


Pengerusi JKKK  Kg Haji Su, Doktor Kasmani (Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Terengganu), Haji Ismail Jusoh Penolong Pegawai Kesihatan, Puan GB SK Losong, PK Pentadbiran SK Losong, Ahli PIBG SK Losong