20.1.2015 - Perjumpaan kali ke 2 UB telah menyaksikan pelbagai gelagat ahli menyiapkan tugasan mereka. Aktiviti : Masakan - Nasi putih, telur goreng & air teh o.
19.1 2015 - PSS telah menjalankan program orientasi kepada semua murid Tahun 1 bertujuan memberi pendedahan berkaitan PSS. Antara aktiviti yang dijalankan seperti kuiz, mewarna, susun kata, silang kata dan lawatan ke bilik Maya.
18.1.2015 - Majlis agihan bantuan persekolahan telah diadakan di sekolah ini. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh ustaz Sukri Abdullah. Setersnya ucapan oleh Puan Hajah Naziah bt Hassan, guru besar SK Losong. Seterusnya ucapan YDP PIBG, Tn Hj. Haradzi bin Harun.
12.1.2015 - Satu taklimat kepada ibubapa murid thn 1 telah diadakan bertempat di Dewan Bestari, SK Losong. Bersempenataklimat yang telah disampaikan oleh Puan Guru Besar ini juga telah diadakan serentak taklimat Transisi tahun 1. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Faridah bt Sulaiman, Penyelaras Transisi.
11 Jan 2015 - Hari pertama persekolahan sesi 2015. Selamat datang kepada semua murid tahun 1 dan selamat kembali kepada semua murid tahun 2 - 6. Semoga tahun ini menjanjikan kecemerlangan yang lebih elok dari tahun-tahun sebelumnya. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin... jabgan mudah jemu. Sesi dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, nyanyian 3 buah lagu, ucapan puan guru besar, bacaan yassin dan bersalaman mohon restu ilmu.