Monday, November 17, 2014

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK LOSONG 2014

17.11.2014 - Hari Anugerah Kecemerlangan Peringkat SK Losong 2014 telah diadakan. Tujuan untuk memberi penghargaan diatas pencapaian murid-murid sekolah ini.Pelbagai kategori disediakan seperti kedudukan terbaik dalam kelas, mata pelajaran terbaik, hadiah terbaik kafa, hadiah galakan kehadiran penuh, hadiah galakan intervensi, anugerah khas nilam, anugerah cemerlang akademik, anugerah cemerlang kokurikulum dan anugerah tokoh murid. Majlis ini telah disempurnakan oleh En. Johari, Pegawai SISC, PPDKT. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.

Thursday, October 30, 2014

TAHNIAH BUAT SEMUA WARGA SK.LOSONG

Tahniah kepada Puan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru serta semua warga sekolah di atas kejayaan Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam UPSR 2013 bagi kategori Lonjakan Gred Purata Sekolah Enrolmen 50 - 99 Calonyang telah diadakan pada 21.10.2014 di Stadium Tertutup Negeri Terengganu. Penghargaan ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd Zubir Embong, Dato' Speaker DUN Trg.

Monday, October 20, 2014

Majlis Perasmian BBK Peringkat Ng Terengganu 2014

18-29.10.2014 DBP Zon Timur telah menganjurkan pelbagai program sempena BBK Peringkat Ng Terengganu 2014. Seramai 10 orang murid sekolah ini telah dijemput menyertai pertanding tulisan khat yang telah diadakan di TTC, K. Terengganu pd19 oktober 2014. Tahniah kepada adik Mas Amiera Athirah dan Muhd Haziq, kedua-duanya dari tahun 3T kerana berjaya meraih saguhati kategori tahap 1. Apa yang penting kejayaan bermula dari usaha kita sendiri walaupun bermula dengan pencapaian saguhati...semoga akan lebih berjaya. Bg yang belum berjaya, cuba lagi..

Friday, October 03, 2014

LAWATAN BERMAKLUMAT SK LOSONG 2014

Tarikh : 30.9 - 2.10.2014 Tempat : Melaka, Putrajaya dan Kuala Lumpur Peserta : 40 orang Aktiviti : 1. Melaka - Dataran Pahlawan dan muzium2 berdekatan, Taming Sari Tower, Zoo Melaka, Perigi Hang Tuah, Galeri YB Dato' Rustam Ali, River Cruise 2. Putrajaya - Sekitar bangunan pentadbiran Kerajaan Malaysia, Masjid Putra 3. KL - Kidzania, Aquaria, KLCC Kami warga sekolah merakamkan setinggi- tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua penaja dan semua pihak yang menjayakan lawatan 2014.

Thursday, September 25, 2014

TAKLIMAT SPS & i-THINK

Tarikh : 25.9.2014 Masa : 1.30 petang Tempat : Makmal Komputer, SK Losong Fasi : Pn. Norma bt Muda ( i-think) En. Ruzlan bin Muda dan Pn. Hikmah bt Mohd Noor (SPS)

Wednesday, September 24, 2014

PELANCARAN HARI SUSU SEKOLAH SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh : 24 september 2014 Tempat : SK Seri Berang Perasmi : Tn. Haji Ngah Bidin, KS SPS JPNT