Monday, October 05, 2009
Aidilfitri 2009
Friday, October 02, 2009
Makluman 2
Tarikh : 8 - 10 Oktober 2009
Tempat : Perkarangan SK Losong
Penyertaan : Semua Murid Tahun 6
Monday, September 28, 2009
Makluman
Hari: Khamis (1 Oktober 2009)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Bestari SK Losong.
Thursday, September 17, 2009
Wednesday, September 09, 2009
Sesi Persekolahan 2010
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Sesi persekolahan tahun depan akan bermula pada 3 Januari bagi Kedah, Kelantan serta Terengganu, dan negeri-negeri lain pula pada hari berikutnya iaitu 4 Jan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Beliau berkata cuti penggal pertama pula akan bermula dari 12 hingga 20 Mac bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu, sementara bagi negeri lain pada 13 hingga 21 Mac.
"Sementara itu cuti pertengahan tahun pula bermula dari 4 hingga 19 Jun bagi ketiga-tiga negeri itu, dan negeri lain bermula pada 5 hingga 20 Jun," katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini pada Selasa.
Beliau berkata cuti penggal kedua pula akan bermula dari 3 hingga 11 Sept, dan cuti akhir tahun dari 19 November hingga 1 Jan 2011 bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Sementara bagi negeri-negeri lain, cuti penggal penggal kedua akan bermula pada 4 hingga 12 Sept, dan cuti akhir tahun dari 20 Nov hingga 2 Jan 2011," katanya.
Alimuddin berkata jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah 210 hari, manakala jumlah cuti penggal 78 hari.
BERNAMA
| Penggal | Cuti Dan Hari Persekolahan | Mula | Akhir | Bil. Minggu | Bil. Hari |
| 1 | Hari Persekolahan | 03.01.2010 | 11.03.2010 | 10 | 50 |
| Cuti Pertengahan Penggal | 12.03.2010 | 20.03.2010 | - | 9 | |
| Hari Persekolahan | 21.03.2010 | 03.06.2010 | 11 | 55 | |
| Cuti Pertengahan Penggal | 04.06.2010 | 19.06.2010 | - | 16 | |
| 2 | Hari Persekolahan | 20.06.2010 | 02.09.2010 | 11 | 55 |
| Cuti Pertengahan Penggal | 03.09.2010 | 11.09.2010 | - | 9 | |
| Hari Persekolahan | 12.09.2010 | 18.11.2010 | 10 | 50 | |
| Cuti Akhir Tahun | 19.11.2010 | 01.01.2011 | - | 44 | |
| JUMLAH | 42 | 288 | |||
Tuesday, September 08, 2009
Selamat Menduduki Peperiksaaan UPSR
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Dua calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) masing-masing dari Johor dan Pulau Pinang, yang mempunyai gejala jangkitan Influenza A (H1N1), bakal menduduki peperiksaan itu di hospital di negeri berkenaan, serentak dengan 517,906 calon lain di seluruh negara.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata beberapa petugas peperiksaan akan ditempatkan di hospital yang menempatkan murid berkenaan ketika mereka menduduki peperiksaan itu.
Beliau berkata persediaan untuk dua calon itu adalah antara langkah diambil Kementerian Pelajaran bagi mengawal penularan Influenza A (H1N1) di kalangan calon yang menduduki UPSR tahun ini di 8,289 pusat peperiksaan seluruh negara.
Selain itu, Kementerian Pelajaran memperuntukkan kira-kira RM5 juta untuk menyediakan kelengkapan seperti topeng mulut dan hidung, cecair pembasmi kuman tangan dan alat jangkasuhu untuk calon UPSR sebelum mereka menduduki peperiksaan itu, katanya kepada Bernama di sini, Isnin.
Beliau berkata bilik pengasingan juga disediakan di setiap pusat peperiksaan dan calon yang dikenal pasti mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius ketika saringan, perlu menduduki peperiksaan di bilik berkenaan.
"Bilik pengasingan itu jauh dari dewan utama peperiksaan dan mereka akan diawasi oleh beberapa petugas," katanya.
Alimuddin berkata seramai 32,944 petugas peperiksaan ditempatkan di pusat peperiksaan tahun ini.
Seramai 517,908 orang calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan UPSR mulai esok hingga Khamis ini di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, seramai 510,125 atau 98.5 peratus adalah calon sekolah di bawah kementerian dan sekolah bantuan kerajaan manakala bakinya 7,783 atau 1.5 peratus ialah calon sekolah swasta.
BERNAMA
Wednesday, August 26, 2009
REST
Program REST ( Rehatkan Emosi Singkirkan Tekanan ) khusus bagi calon-calon UPSR 2009 telah diadakan di Taman Rekreasi Lagun Kuala Ibai pada 17 Ogos yang lalu. Program yang bermula seawal jam lapan pagi melibatkan semua murid tahun 6 seramai 68 orang bertujuan untuk membantu murid-murid mengurangkan tekanan sebelum menduduki Peperiksaan UPSR.
Program bermula dengan Majlis Solat Hajat dan bacaan Yaasin yang diadakan di Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung. Program tersebut telah dipimpin oleh Ustaz Sukri b Abdullah. Beberapa acara seterusnya telah diadakan di Taman Rekreasi termasuklah acara BI Challenge, Permainan Bahasa dan Xplorace Sains & Matematik. Peserta seterusnya menjamu selera dengan makan tengahari yang disediakan oleh pihak penganjur. Acara terakhir yang diadakan pada jam 12.30 tengahari adalah majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Sunday, August 16, 2009
Percubaan UPSR
1. Muhamad Kamarul Azzam b Kamaruzaman
2. Nor Amira bt Zahir Rudin
3. Athirah Syamimi bt Asli
4. Nur Izzati Nabila bt Ahmad Zamzuri
5. Abdul Muiz b Ismail
6. Nang Hafizza bt Long Hassan.
Tahniah diucapkan kepada murid yang mendapat 5A, kepada murid yang tidak berjaya mendapat 5A, cuba sepenuh usaha dalam peperiksaan UPSR sebenar yang akan bermula pada 8 September nanti...
Monday, July 27, 2009
Sunday, July 26, 2009
PENGUMUNAN
Tarikh: 26 Julai 2009
Masa: Selepas Maghrib
Tempat: Dewan Bestari SK Losong
Semua Ibu Bapa Murid Tahun 6 Dijemput Hadir
Sunday, June 28, 2009
Warna-warna Pelaminan Malaysia
Murid Tahun 4 Takwa bersama dua orang guru dipilih mewakili sekolah ke majlis tersebut. Selepas majlis perasmian, semua peserta dibawa melawat ke ruang pameran yang menempatkan pelbagai pelamin dari pelbagai kaum di Malaysia, antaranya kaum Kadazan, Baba & Nyonya, India, Cina, Melayu dan lain-lain lagi. Kesempatan tersebut telah digunakan oleh para peserta untuk bergambar bersama dengan pengantin.
Saturday, June 20, 2009
Kursus Eduweb TV
Wednesday, June 17, 2009
Lawatan Ke Melaka
Pada 19 Mei 2009, jam 9.30 malam rombongan seramai 28 orang murid dan 6 orang guru pengiring yang menyertai Lawatan Sambil Belajar ( LaSBela ) berlepas ke Melaka. Tepat jam 5.30 pagi, rombongan kami berhenti di Masjid Jamek Tangkak untuk urus diri dan solat Subuh.
Selepas itu, rombongan kami menikmati sarapan pagi di Tangkak. Jam 8.00 pagi, rombongan kami meneruskan perjalanan ke Melaka. Destinasi pertama kami ialah Muzium Maritim. Di sini, murid-murid mendapat maklumat berkaitan sejarah pelayaran, perkapalan dan ketenteraan
( armada laut ).
Kemudian rombongan kami berkunjung pula ke Muzium Rakyat di mana banyak bahan sejarah berkaitan manusia dipamerkan. Secara tidak langsung murid-murid didedahkan tentang sejarah manusia. Jam 11.00 pagi, rombongan kami berkunjung pula ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan yang terletak tidak jauh daripada Muzium Rakyat. Di sini juga murid-murid mendapat maklumat yang sangat berguna tentang Sejarah Kemerdekaan Negara yang kita sayangi.
Seperti yang ditempah, jam 11.30 pagi rombongan kami ke Menara Taming tetapi pada waktu itu penyelenggaraan dijalankan menyebabkan perubahan jadual terpaksa dilakukan. Rombongan kami seterusnya melawat Rumah Kebajikan Seri Kenangan Cheng yang menempatkan golongan warga emas. Rombongan kami juga telah dihidangkan dengan makan tengah hari di sini. Sesi taklimat dan lawatan ke bilik-bilik peserta ternyata menyentuh hati rombongan kami.
Pada pukul 3.00 petang, rombongan kami mendaftar masuk ke Hotel Accordian. Jam 4.30 petang rombongan kami sekali lagi ke Menara Taming dengan menaiki Bas Double Decker. Sampai di sana ia masih belum berfungsi lagi dan ini ternyata mengecewakan kami. Lantaran itu, para peserta rombongan dibawa melawat Dataran Pahlawan Mall untuk aktiviti bebas selama 2 jam. Tepat 6.30 petang, rombongan kami bertolak pulang ke hotel dengan menaiki Bas Double Decker sekali lagi.
Jam 8.30 malam, para peserta dibawa menaiki Melaka River Cruise. Perjalanan sepanjang sungai tersebut memakan masa 45 minit dan ia ternyata menyeronokkan serta memberi pengalaman baru kepada semua peserta. Selepas itu, rombongan kami pulang ke hotel untuk beristirehat.
Tanggal 21 Mei 2009, jam 9.00 pagi rombongan kami terus ke destinasi yang terakhir iaitu Zoo Melaka. Rombongan kami melihat binatang-binatang dan hidupan di sini selama 2 jam. Selepas itu, baru rombongan kami bertolak pulang ke Terengganu. Kami berhenti rehat dan makan tengah hari sekali di Tangkak. Manakala, makan malam pula di Gambang, Pahang. Tepat jam 11.45 malam, rombongan kami selamat tiba di SK Losong.
Berita disediakan oleh: Baharim Ramli
Monday, May 18, 2009
Selamat Hari Guru
Selepas acara di Dewan Bestari, majlis sambutan Hari Guru diteruskan dengan acara sukaneka di Dataran Iman. Beberapa acara sukaneka dipertandingkan melibatkan penyertaan daripada guru dan murid mengikut rumah sukan.
Wednesday, May 13, 2009
PLBS DAN PEKA
Karnival Futsal Dan Bola Baling 2009
Tuesday, April 28, 2009
Kem Kecemerlangan UPSR 2009
Wednesday, April 22, 2009
Sunday, April 19, 2009
Akujanji UPSR 2009
Mesyuarat Agung PIBG
Antara ibu bapa yang hadir
Tetamu kehormat
Ucapan Perasmian Oleh Dato' Wan Farid
Cabutan Bertuah turut diadakan





