16 Januari 2014 - Sekolah ini telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Program ini telah diisi dengan aktiviti pertandingan mewarna dan penulisan kreatif kritis khat. Program ceramah pula telah disampaikan oleh Ybhg Ustaz Alnurullhuda bt Ghazali daripada SK Pusat Chabang Tiga, K.Terengganu. Program ini adalah di bawah kelolaan Panitia Agama Islam dan Kelab Jawi Sekolah. Terima kasih kepada semua.
8 Januari 2014 - program orientasi pengawas pusat sumber sekolah ini telah dilaksanakan oleh Pn. Aniza Ibrahim, guru media bersama jawatankuasanya. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan serta tugasan yang perlu bagi setiap pengawas pusat sumber. Disamping memupuk semangat kerajinan, bertanggungjawab serta berdisiplin. Terima kasih kepada semua.
1.1.2014 - Semua ibubapa Tahun 1 telah diberi taklimat berkaitan Transisi Tahun 1 oleh Pn. Faridah bt Sulaiman. Program ini juga bertepatan dengan dengan hasrat KPM dalam memperkasakan lagi PPPM iaitu salah satunya Sarana Ibubapa. Perincian berkaitan telah disampaikan sendiri oleh Guru Besar iaitu Pn.Naziah bt Hassan.
1.1.2014 - Selamat Tahun Baru kepada semua warga sekolah. Selamat datang kepada semua murid. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebwlumnya. Selamat belajar... Jadilah murid yang terbaik dalam semua aspek. Berlumbalah untuk kejayaan.