Hari ini giliran murid-murid pula berada di depan kelas untuk sesi pembentangan hasil kerja kumpulan masing-masing. Tahniah di atas kreativiti semua. Semoga menjadi asas untuk membina keyakinan diri dan mengaplikasikan penggunaan peta minda.
21.9.2013... Para guru sk losong telah menghadiri seminar integriti warga pendidik daerah kuala terengganu 2013. Seminar ini dirasmikan oleh En. Azahar, PPPDKT.
Apa khabar semua? Hari ni merupakan sejarah buat sekolah kami kerana buat julung kalinya diadakan HARI KOKURIKULUM PERINGKAT SEKOLAH. Pelbagai acara diadakan seperti pertandingan masakan, gubahan, kawat kaki, mewarna, hafazan dan mengarang esei. Selain itu, sekolah juga telah mendapat kerjasama mengadakan pameran dan demonstrasi daripada pejabat kesihatan daerah k.trg, aadk terengganu dan JPA3 terengganu. Ibubapa juga turut serta dalam menjayakan program ini. Terima kasih semua.
Apa khabar semua? Hari ini sekolah kami telah mengadakan program sambutan hari kemerdekaan ke 56 bagi tahun 2013. Pelbagai acara diadakan untuk. Bagi menyemarakkan semangat cintakan negara.
8.9.2013- bermula jam 6.30 petang, para jemputan yang terdiri daripada YDP PIBG, ahli-ahli jawatankuasa PIBG, Guru ibubapa juga para calon UPSR SK Losong telah berkumpul untuk solat hajat dan bacaan yasin buat kali ke 3 dan terakhir sebelum UPSR. Program ini bermula dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat, bacaan yasin dan solat isyak. Ya ALLAH...berilah kejayaan menjadi milik kami. Selamat menduduki peperiksaan UPSR pada 10- 12.9.2013. Buat yang terbaik.