1 may 1981 memulakan kerjaya sebagai pendidik. Setelah hampir 32 tahun maka hari ini Ustaz akan menamatkan kerjayanyasecara rasmi. Semoga segala ilmu yang dicurahkan sama-sama dapat dimanfaatkan Terima kasih atas segalanya.
Apa khabar semua? Cikgu pilihan minggu ini En. Omar Ibrahim dan Pn. Ainon bt Abu Samat. Hah jangan tak percaya....siap sedo
ndon lagi warna pakaian.... Hahaha...buat En. Omar Ibrahim....selamat bersara bermula 1 Ogos 2013 ini. Jasa dan pengorbanan tuan amat kami semua hargai. Semoga tuan lebih berjaya dunia dan akhirat. Kenang kami dalam doamu.
Terima Kasih Kerana Hadir Ke Sekolah. Harapan cikgu semua agar semua murid hadir penuh untuk minggu ini jua minggu-minggu mendatang. Selamat Menuntut Ilmu....
Assalamualaikum. Jom kita menderma untuk program ihya ramadhan. Terima kasih kepada yang menderma. Semoga derma ikhlas kita mendapat keberkatan Allah. Amin.
Marilah sama-sama kita memuliakan lagi bulan Ramadhan ini dengan amalan-amalan mulia. Bulan Ramadhan ini merupakan bulan berkat, bulan mulia di mana terdapat banyak kelebihan dan ganjaran pahala ats setiap amalan yang dillkukan....tazkirah pagi oleh Cg Abdul Halim b Abdullah.
Apa khabar semua. Hari ini masuk hari ke 2 murid tahun 6 seknini menduduki peperiksaan percubaan UPSR 2013. Semoga ianyaenjadi penanda aras yang sempurna untuk UPSR sebenar. Selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon. Buat yang terbaik. Kami warga guru dan ibubapa mendoakan ketenangan dan kesenangan
dalam menjawab soalan. Semoga dipermudahkan Allah.
Tajuk : PUASA
Isi: Fadilat puasa, amalan mulia di bulan ramadhan, kelebihan orang berpuasa, nikmat bersyukur, sikap n sifat yang mulia yangvperlu ada pada setiap individu muslim. Selamat Berpuasa. Hari ini sudah 13 Ramadhan.
14 Julai 2013 - Perasmian PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH oleh Puan Naziah bt Hassan, guru besar sekolah. Program ini bermuls dari 14.7.2013 dan akan berakhir pada 24.7.2013. Terdapat pelbagai intipati telah dan bakal dilaksanakan membabitkan semua murid. Semoga dengan program-program ini mampu membendung gejala ponteng sekolah. Selain daripada itu, pihak sekolah juga mengadakan kutipan derma kepada tabung palestin bagi membantu mangsa-mangsa di sana. Semoga dengan sedikit sumbangan derma ikhlas kami mendapat keberkatan dan membantu secara langsung mahupun tidak kepafa mangsa-mangsa terbabit. Selamat berpuasa.
Apa khabar semua. Hari ini sudah 9 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, sekolah kami namun seperti biasa telah menjadi rutin setiap hari khamis, sekolah kami mengadakan program bacaan yaasin beramai-ramai. Disamping itu juga ada diselitkan sesi tazkirah. Semoga kita semua berada di dalam kerahmatan dan keredhaan ALLAH. Amin.